26 Jun 2012





Telah banyak saya sentuh pasal DAP dan PAP. Corak pemerintahan DAP sudah pasti akan sama dengan PAP. Hanya sekarang nampak sedikit perbezaan disebabkan mereka baru satu penggal sahaja. Kalau nak disamakan coraknya adalah sama dengan PAP semasa mereka mulai memerintah negara yang pernah bernama Temasik,



Pada awalnya, negera ini diperintah dengan mengambil kira pendapat dan kehendak orang Melayu kita itu. Kommuniti Melayu kita itu amat significant kerana populasi ketika itu amatlah kecil maka nisbah orang2 Melayu hampiri 50% dan ada yang kata melebihi,

Namun kalau dilihat sama diPulau Pinang dengan sikap malas orang Melayu maka nisbah yang mendaftar sebagai mengundi kurang dari orang2 Cina walaupun nisbah dari segi penduduk Melayu Pulau Pinang melebihi kaum Cina.

Dengan pemberat yang agak kuat maka orang2 Melayu dijanjikan Presiden dan bangsa Cina akan mengambil jawatan PM. Tetapi kuasa yang diberikan kepada LKY dan PAP telah di gunakan secara licik menghapuskan kuasa politik orang Melayu dengan memasukkan orang2 Cina dari Taiwan dan Hong Kong yng lebih berkelayakan untuk menjadi bos kepada orang2 Melayu disemua pelusuk sektor kerajaan lebih2 lagi Polis.

Maka nisbah orang2 Melayu terus memecil dan kuasa Cina bertahta menerusi PAP. Kawasan orang2 Melayu pun diambil melalui dekri yang bertopengkan kehendak perlembagaan. Setelah hilang suara dipeti undi maka politik orang2 Melayu pun agak terhapus selama2nya.

Maka, orang2 Melayu dimungkiri janji bila jawatan Presiden tidak lagi direservekan untuk orang2 Melayu. Artikel 153 dan hak istimewa orang Melayu pun sekadar dijadikan hiasan didalam perlembagaan.

Untuk mengenali DAP, kita harus tengok PAP, kerana jiwa dan perjuangan mereka adalah sama. Hanya, perjalanan untuk menuju agak lambat kerana pengaruh orang2 Melayu masih menjadi satu ancaman bagi DAP.

Tidak hairan sekiranya dan memang logikpun, strategis DAP akan mengaturkan langkah bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu untuk selamanya. Model di Singapura sudah ada, Apa bak fikirkan lagi? DAP sekarang ini hebat menjalankan restructuring/reengineering demografik penduduk Pulau Pinang.

Pembangunan Kondo mewah adalah satu cara untuk memecilkan . atau mengawalkan nisbah penduduk melayu diPulau Pinang dengan penukaran alamat kaum TiongHua dari kawasan berkedekatan termasuk Perak dan Kedah.

Terutamanya di Pulau sendiri, orang2 Melayu tidak akan menang lagi kerusi di kawasan Pulau hanya di Seberang Perai kerana kalau mereka tidak dapatkan Seberang perai kali ini, mereka akan hanya berpuashati dengan Pulau Mutiara.

Penjualan haram tanah kerajaan negeri (Bayan Mutiara) yang telah menjadi isu hangat dulu adalah untuk mengaut dana untuk program sosial-engineering DAP.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!