13 Ogos 2012


1. Mike Tyson
Memeluk Islam pada tahun 1995 dengan nama Malik Abdul Aziz. Terdapat usaha-usaha yang membawanya kembali ke agama asal beliau. "Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui diri berada di salah satu taman-taman syurga (raudah). Saya takut kepada Allah. Saya tahu diri banyak buat perkara yang jahat untuk melayakkan saya masuk neraka. Namun saya memohon keampunan daripadaNya setiap hari". Ungkapan beliau yang sungguh menyentuh perasaan.



2. Casscius Marcellus Clay
Seorang Ahli Sunah Wal Jamaah. Berkeyakinan bahawa Islam itu benar. Enggan masuk ke gelanggang sehingga nama islamnya dipanggil. Itulah Muhammad Ali. Seorang pemegang rekod sebagai peninju Islam yang terkenal di seluruh dunia dengan menang 56 kali dan kalah 5 kali.



3. Yvonne Ridley
Gara-gara terpesona dengan Al-Quran yang menggangkat darjat wanita serta layanan kumpulan Taliban yang baik walaupun beliau bertindak kurang ajar. Sepanjang dalam tahanan beliau dibekalkan kunci bilik tahanan supaya boleh menguncinya dari dalam. Memeluk Islam pada tahun 2002 dan menjadi seorang pengkritik yang disegani.  


4. Cat Stevens
Pengalamannya berdepan dengan maut sewaktu sedang mandi di pantai kerana kekejangan kaki, semakin lama semakin jauh dihanyutkan,  beliau berbisik di dalam hati, jika Tuhan menyelamatkannya dia akan bekerja untuk Tuhan. Tak lama datang ombak besar dan menghanyutkannya ke tepi pantai. Hidayah Allah datang apabila beliau menerima terjemahan Al-Quran daripada adiknya yang baru balik dari Palestin. Memeluk Islam pada 12 Disember 1979 dengan nama Yusuf Islam. Kini beliau banyak membuat konsert amal bagi membuat kebajikan umat Islam seluruh dunia.



5. Daniel Streich
Awalnya seorang yang anti Islam termasuk melancarkan kempen mengharamkan pembinaan masjid di seluruh Switzerland. Dalam usaha menyemarakkan kempen anti Islam, beliau banyak membeli buku-buku berkaitan Islam termasuk Al-Quran. Namun akhirnya tertarik dengan Islam pada Nov 2009.


6. Dileep Kumar
Terkenal sebagai seorang yang menjaga waktu solat tanpa mengira sesibuk mana sekali pun. Juga seorang penggubah lagu yang terkenal. Pernah memenangi 2 Grammy Award dan 2 Academy Award dan tersenarai sebagai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time. A R Rahman itulah namanya. Memeluk Islam pada usia 23 tahun.


7. Litvinenko
Merupakan pegawai tinggi dalam Badan Perisikan Rusia. Dipecat gara-gara mendedahkan adanya rasuah dalam agensi tersebut. Percubaan menyeretnya ke penjara gagal sebanyak dua kali apabila didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Beliau melarikan diri ke London. Semasa di sana beliau menulis buku tentang kekejaman agensi risikan itu.
Tidak berpuashati dengan agamanya iaitu Kristian Ortodok, akhirnya memilih Islam pada Nov 2006. Namun beliau mati selepas 10 hari memeluk Islam akibat diracun.



8.Nu Ha Min Keller
Sebelum memeluk Islam, sentiasa mencari agama ketuhanan yang sebenar. Memeluk Islam setelah membuat pengkajian serta mendalami Islam. Reliance of the Traveller adalah kitab perundangan yang pertama mendapat pengiktirafan daripada Universiti Al Azhar.



9. Dr Hoffman
Memeluk Islam pada tahun 1980. Seorang yang berprofil tinggi dalam kerajaan Jerman. pengislamannya menimbulkan kontroversi memandangkan jawatan yang disandang tidak seiring dalam doktrin Kristian. Kini merupakan penaung pusat Islam di Jerman.



10. Budak ajaib Afrika
Lahir dalam keluarga Katolik. Enggan disusui oleh ibunya. Tambah menakjubkan lagi beliau boleh membaca ayat Al-Quran seawal usia 4 bulan. "Kamu semua bertaubatlah semoga diterima oleh Tuhan" perkataan pertamanya. Berita kehebatan beliau sampai ke pengetahuan jiran dan menterjemahkan perkataan arab yang dikatakan oleh budak tersebut. Sejurus itu ibu bapanya memeluk Islam. Pada usianya 5 tahun beliau dibawa keserata dunia untuk memberi ceramah agama. Beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis, Arab dan Swahili. Beliau ialah Sharifuddin.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!