30 Ogos 2012


Tanpa memberi peluang kepada ahli partinya untuk menceritakan keadaan sebenar, dan juga tanpa mendengar penghujahan yang hendak diberikan, kesimpulan dan kata putus telah pun dibuat iaitu bye bye kepada sesiapa yang tidak ikut peraturan.

Begitulah simplenya Nik Aziz membuat keputusan. Sekaligus menggambarkan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang hebat dan maksum walaupun telah 22 tahun menerajui Kelantan dan juga sebagai Tok Guru.


Kalau cadangan dan teguran dari ahli parti dianggap sebagai sesuatu yang membebankan, apatah lagi aduan dan permasalahan rakyat.

Nampak gaya kepimpinan Nik Aziz kini telah mencapai satu tahap baru iaitu menyamai pemerintahan diktator Guan Eng di Pulau Pinang. Kata orang kalau berkawan dengan orang baik, insyallah kita akan jadi baik, tapi kalau berkawan dengan komunis DAP maka tingkah laku kita akan menjurus ke arah itu.

Bukan ke bagus jika sikap simplenya itu ditujukan kepada Karpal yang terang-terang menentang hudud Islam, sama ada menyuruh DAP keluar dari pakatan atau PAS sendiri yang keluar. Tapi nak buat macam mana tuntutan nafsu perlu diutamakan daripada membetulkan kesilapan. Itulah PAS.

Parti politik yang penuh dengan
Angan-angan dan janji kosong
Semudah abc memperalatkan Islam untuk kepentingannya
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!