30 Ogos 2012




AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 28 Ogos 2012 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Editor akhbar itu, Tay Ting Hien berkenaan senario Pas menguasai Parlimen dan memperkenalkan Undang-Undang Jenayah Islam.

"Pada suatu hari pada bulan September 2014, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan usulkan Undang-Undang Jenayah Islam di Parlimen. Pakatan pembangkang akan berlaku perpecahan, Ahli Parlimen Pas sebulat suara menyokong sementara semua ahli DAP akan membantahnya. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Islam dan bukan Islam akan berpecah...


"Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang dalam Parlimen akan condong ke kiri, ahli lembaga disiplin UMNO akan berkata, sebagai orang Islam ahli UMNO semestinya menyokong rang Undang-Undang Jenayah Islam. Bantahan MCA, Gerakan dan MIC tidak berkesan dan mereka umum keluar daripada BN..

"Semasa undi dalam Dewan Rakyat, Pas dan UMNO perolehi majoriti dua pertiga dan dengan itu Undang-Undang Jenayah Islam itu diluluskan. Pada masa itu, Abdul Hadi akan berterima kasih kepada Ahli Parlimen yang menyokong usul itu dan mengatakan ia dicapai melalui proses demokrasi.

"Malaysia telah capai matlamat menjadi sebuah negara Islam, seterusnya Pas dan UMNO umumkan akan bentuk kerajaan gabungan.."


Saya bukan peramal ataupun tukang tilik nasib dalam politik pada 2014 tetapi keadaan seperti diatas itu bukan dicuba diada-adakan dan bukan mendengar khabar daripada orang lain. Dalam ilmu sains politik dan sains pengurusan, ada satu bab yang dinamakan 'Analisis Senario'.

Himpunkan keadaan sedia ada, cantumkan dengan sasaran-sasaran yang kemungkinan akan berlaku. Apakah yang lebih terbaik akan berlaku dan apakah yang terburuk akan berlaku, selepas itu bandingkan perbezaannya.

Keadaan dan senario seperti di atas hanya kemungkinan-kemungkinan simulasi yang akan berlaku dan bukan tiada turutannya.

Dalam senario politik dan pilihan raya Abdul Hadi, beliau telah memberi huraian secara terang dan umumkan jika pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Pusat, Pas melalui proses demokrasi akan laksanakan Undang-Undang Jenayah Islam.

Pendirian Pas begitu jelas dan tidak lagi samar-samar, mereka akan mengikut cara sah untuk mencapainya. Lebih-lebih lagi, Pas akan luluskan rang undang-undang Islam berkaitan Undang-Undang Jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 dan ahli-ahli Umno turut menyokongnya.

Di bawah kepercayaan dan tanggungjawab agama, perbezaan antara dua parti itu hanya dipisahkan dengan satu garisan benang sahaja. 

Pada masa itu Undang-Undang tersebut akan bercanggah dengan Undang-Undang Persekutuan dan kerana itu ia tidak boleh dilaksanakan. 

Jika ia ditukarkan dengan simulasi senario berlainan, apabila mereka memerintah kerajaan pusat dan kemukan kembali isu itu, pasti akan disokong juga oleh UMNO dan pada masa itu benteng kekebalan Undang-Undang Perlembangaan Persekutuan akan roboh.

Bagi negara ini, Undang-Undang Jenayah Islam tidak melibatkan perundangan dan kehakiman, ia juga boleh mengubah semangat penubuhan Malaysia serta boleh mengubah dasar mahupun kepercayaan negara kita selama ini.

Apabila undang-undang itu diluluskan, bermakna Malaysia akan pisahkan dirinya dengan dunia luar dan undang-undang yang diamalkan negara luar, seterusnya menjadi sebuah negara Islam yang benar-benar tulen.

Masyarakat Cina tidak boleh lagi buat tidak tahu, tidak boleh lagi bersikap berharap semuanya akan menjadi baik.

Struktur dalam pakatan pembangkang, tujuan mereka adalah mahu memerintah Kerajaan Pusat tetapi selepas mereka berkuasa nanti, dari segi pembahagian kuasa dan konsep pelaksanaanya masih tidak boleh mencapai kata sepakat. 

Adakah rakan kongsi parti itu mampu menyekat kemaraan Pas? Semua orang perlu berdoa supaya dapat memperkukuhkan kekuatan itu.

1 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

1 Komen:

  1. pas tahu hudud tak akan dilaksanakan dinegara ini, saja, dah tak ada modal politik, modal ekonomi lagi tak tak tahu langsung.

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!