10 Ogos 2012


Nampaknya usaha untuk jatuhkan maruah Raja Muda Selangor sedang giat dilakukan oleh pihak yang tak bertanggungjawab demi untuk menanamkan rasa benci rakyat kepada Sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.

Bermula dengan serangan terhadap TMJ kini mereka beralih ke Istana Selangor, hakikat sebenarnya mereka  berniat menyerang keseluruhan Sultan dan Raja yang ada di negara ini.
MI amat kesal kerana usaha jahat ini ada agenda yang amat tersirat, MERUNTUHKAN SISTEM BERAJA antara yang paling lama bertahan di dunia.

Hakikat Raja sebagai Payung Negara, terutama benteng terakhir MELAYU cuba dihakis dengan menanam kebencian kepada rakyat bahawa Raja hidup berpoya tanpa batasan. Kalaulah Raja kita tersasar dari landasan maka tanggungjawab kita mohon pada Allah agar Allah pandu Khalifah mukminin ini kembali ke jalan yang sebenar dengan seberapa segera, bukan terus menyerang dengan baling batu sembunyi tangan.





'Wajib bagi bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat kepada (penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat maksiat. Apabila penguasa melakukan maksiat maka tidak perlu didengari dan ditaati'. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

 
"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka". (Riwayat Al-Tabrani)

"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)

Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). 

Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? 

Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan 'darurat' disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain. 

MI..doakan agar Allah beri petunjuk kepada semua pemimpin kita, amin !


13 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

13 Komen:

  1. benteng terakhir melayu?puiih

    BalasPadam
  2. apa kata SPR gunakan hasi diatas ni, supaya jangan buat pilihanraya, nanti kan akan berpecah. lantik PM jadi maharaja.

    Hendaklah kita taat dan patuh, mendengar dan taat kepada pemimpin BN walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu.

    BalasPadam
  3. bangang punya statement!
    bak kata Tun Mahathir, raja2 dan sultan2 dlu dah jual negara ni pada Inggeris.
    Rakyat yang merempat ni lah yang lawan dan halau Inggeris dari Tanah Melayu dan serahkan balik Tanah Melayu pada raja2 dan sultan2 yg bacul tu.

    BalasPadam
  4. Apaka Institusi Raja2 senang2 mahu menghancurkan Institusi mereka sendiri? Anak2 Raja Zaman sekarang terlalu mewah dengan wang ringgit dan peruntukan daripada Kerajaan. Sepatutnya wang perbelanjaan mereka seharusnya d sekat dan d berikan kemudahan yg sedikit sahaja. Jika ini berlaku KEBUASAN Anak2 Raja akan menurun.

    BalasPadam
  5. cetusan informasi dan dunia tanpa sempadan menjadikan kita dapat mengetahui kebenaran juga kebohongan.Apalah salahnya jika informasi tersebut benar. Kita mahukan raja dan sultan yg dapat menjadi ikutan dan tauladan rakyat. Rakyat bosan dengan gelagat darah diRaja yang sering menyajikan rakyat dengan cerita bangsa Melayu beragama islam yang memualkan..raja adil,raja disembah,raja zalim raja disanggah..tp bukan bermakna kita anti raja atau sultan.cuma sebagai pembayar tax,kita berhak mengetahui kemana dan apa hasil duit cukai kita..Daulat Tuanku!!

    BalasPadam
  6. jangan nk darurat sangat la MI..
    hukum ISLAM ni bole di guna pakai sepanjang zaman..xkira la zaman siber zaman teknologi setinggi langit pon, hukum ISLAM tetap sama..hukum tetap hukum..xkire anak raja ank sultan..

    BalasPadam
  7. mi dah ambil payment dari seri perdana....

    BalasPadam
  8. 'Wajib bagi bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat kepada (penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat maksiat. Apabila penguasa melakukan maksiat maka tidak perlu didengari dan ditaati'. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

    Malangnya, apa yang dilakukan pembangkang di Malaysia hanyalah membangkang mcm syaitan gondol. Korang tak baca hadis nabi jg ke?

    BalasPadam
  9. Nabi tak ganggu Rom dan Parsi.Kita jangan tunjuk lebih hebat daripada Nabi.

    BalasPadam
  10. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    BalasPadam
  11. zaman khalifah mana satu yg hudud tidak dilaksanakan? Mengapa? Di zaman khalifah-khalifah Islam bermula dari Umaayyah,Abbasiyyah .....hingga ke Othmanniah, adakah hudud dilaksanakan? Mengapa??? Ada yg dapat beritahu. Mengapa hudud di kelantan tidak dilaksanakan walaupun DUN dah luluskan berpuluh tahun dulu? Tahukah kenapa hadi awang kata hudud hanya 0.001% dalam Islam? Ada sesiapa tahu mengapa Pas gugurkan hudud dan negara Islam dan apa alasannya??

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!