30 September 2012




Beliau cuba menunjukkan atau mengekalkan kedudukan beliau sebagai "ulama" yang mampu keluarkan fatwa sepontan tanpa mesyuarah sepertimana JUMHUR ULAMA yang mengambil berkat mesyuarat dalam membincangkan sesuatu permasalahan samada yang kemusykilannya skala besar atau masalah "furuq".

Kononnya beliau mahu dilihat sebagai seorang yang bijak kerana memberikan pandangan dari sudut agama kerana beliau adalah Mursyidul Am yang menang tanpa bertanding. Agak lucu juga dalam sebuah parti yang kononnya Islam sebagai asas perjuangan "memperjudikan" nasib seseorang dalam mengisi jawatan sebagai "ketua bagi seluruh ulama parti".

Harun Din kalah dalam perebutan jawatan tertinggi ulama kepartian itu dengan "dipaksa" tarik diri kerana bimbang Nik Aziz bakal tersungkur ketika pemilihan itu. Perlembagaan mereka mensyaratkan setiap 5 tahun maka pertandingan menjadi ketua ulama parti akan berlaku.

Apakah selama menjadi ulama lantikan tanpa bertanding dan enggan undur setelah "edah" 5 tahun berlalu beliau masih berdegil untuk undur dan beliau yang juga Menteri Besar Kelantan melakarkan sejarah selama 22 tahun bentang Bajet Kelantan yang bawa BARAKAH & TAQWA kepada rakyat negeri beliau ?

-Selama 22 tahunlah Kelantan mundur
-Selama 22 tahunlah pusat maksiat wujud dan bertambah bilangannya dan 300 meter dari rumah manusia yang suka berfatwa ini pun ada live karaoke
-Selama 22 tahunlah bilangan pelacur Melayu Islam anak Kelantan bertambah dan usia mereka amat muda, 18 tahun sudah mula melacur dan begitu hampir dengan pejabat Nik Aziz mereka jadikan pusat operasi melacurkan diri.
-Selama 22 tahunlah bertambahnya rakyat Kelantan yang kais pagi makan petang dan jumlah yang berhijrah ke Kuala Lumpur makin bertambah. Panasnya iklim pemerintahan Nik Aziz.
-Selama 22 tahunlah hasil rezki yang kononnya berasbabkan Bajet Nik Aziz yang mampu lahirkan manusia TAQWA maka Adun atau Wakil Rakyat pas begitu zuhud dan tiada dosa. 

*Siapa Adun yang ditangkap bersama isteri ketua cawangan pas Pasir Puteh ?
*Siapa Adun yang ada gambar lucah dengan skandalnya, pun isteri orang yang merupakan menantu orang kuat pas kedah?
*Siapa Adun yang suka nikah cerai dan halau isteri macam anjing kurap setelah habis madu dihisap?
*Siapa Adun yang rumah bagaikan istana dan ada 6 unit apartment mewah di KL serta isteri berderet ? Kereta mewah berlambak

Apakah ini kayu pengukur TAQWA Nik Aziz hasil dari Bajet yang dibentangkan oleh beliau sepanjang menjadi Menteri Besar. Itu pertanyaan MI terhadap "produk Adun" yang dihasilkan oleh pas, belum MI persoalkan terperinci hasil pas memerintah selama 22 tahun yang berjaya bina "pusat taqwa" hanya 2 buah ? itu pun tak siap dan Kerajaan Pusat juga yang siapkan.

Duit TAQWAkah yang NIk Aziz beri kepada semua pembinaan BERHALA termasuk BERHALA tertinggi di ASIA ?

Kemakmuran Kelantan adalah kerana barang seludup masih berleluasa, itu pun Nik Aziz lupa nak cerita bahwa kerajaan Pusat seolah-olah "pejam sebelah mata" di sempadan antara Kelantan dan Thailand. Masih banyak dan aktif industri seludup barang Thai yang murah ke Kelantan dan ada juga barang Malaysia ke sana. Kalau dah beras siam yang murah banyak masuk ke Kelantan maka jangan hairan kalau anda makan nasi di Kelantan harganya murah berbanding dengan tempat lain. Penyeludupan bukan ada dalam Bajet Nik aziz !

Apakah Nik Aziz lupa bila Nabi saw dan Sahabat r.a memimpin umat Islam, apa yang Nabi saw dan Sahabat r.a buat untuk rakyat ?

"Hampir orang yang fakir miskin itu membawa kepada kekufuran." (Hadith Riwayat Abu Namin daripada Anas)

Nik Aziz juga lupa bahawa selama dia menerajui Kelantan, apa yang dia buat untuk tingkatkan TAQWA makmumnya ? Apakah cukup dengan ceramah mingguan sambil kutip derma ? Apakah ceramah politik yang disulam dengan tadahan tabung sedekah kononnya tabung jihad itu mampu naikkan suhu taqwa makmum di bawahnya atau hanya untuk ahli parti sahaja ?

Jauh benar Nik Aziz dengan pemahaman apa itu TAQWA dan apakah usaha Nabi saw dan para Sahabat r.a untuk kekal berTAQWA pada Allah swt.



MI hairan, di mana yang Nik Aziz dengar atau lihat ketika PM Najib bentangkan Bajet 2013 ? Apakah yang tertera di atas bukan untuk rakyat ?

Nik Aziz lupa atau tidak tahu langsung tentang ekonomi sesebuah negara, malah Malaysia sebuah negara yang sedang membangun, walaupun kita tidak sekaya negara yang berjiran dengan kita namun berkat keamanan yang Allah swt bagi kepada Malaysia, kita jauh lebih baik dari negara yang usia MERDEKAnya sama dengan kita.

Rakyat dapat berkongsi dengan Pemerintah hasil masyur negara. Lupakah Nik Aziz bahawa setiap subsidi ke atas barangan harian juga adalah untuk rakyat. Apakah kerana setiap hari kita guna barangan subsidi maka kita lupa itu adalah "hadiah" Pemerintah kepada Rakyat.

Cuba Nik Aziz pejam mata sekejap, fikir apakah barangan subsidi yang Kerajaan Pusat beri kepada Rakyat setiap hari ? Lepas tu cuba kira berapa jumlah dalam Ringgit Malaysia setiap hari yang Rakyat dapat nikmati. 

Nik Aziz nak Bajet untuk buat masjid banyak-banyak baru TAQWA ?
Nik Aziz nak Bajet untuk siapa sebenarnya baru ada TAQWA ? anak cucu beliau sudah kaya raya !
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!