Jumaat, 21 September 2012



Isu menghina tarian Sumazau makin panas dan nampaknya pakatan haram masih berdalih dengan mengeluarkan kenyataan seperti yang sudah dijangka, itu bukan blog mereka. Jawapan skima dari pakatan haram dengan menggunakan skrip yang sama dalam mana-mana isu yang melibatkan salahlaku pihak mereka umumnya sudah diketahui.
Diberitakan hampir 100 Blog milik pencacai upahan pakatan haram dan jumlah yang lebih besar pemilik akaun Facebook yang menjadi saluran penyebaran maklumat sebagai kumpulan sokongan terlibat dalam isu menghina Tarian Sumazau ini. 
Pencacai lupa itu tarian kebanggaan Sabah, mereka ghairah mengaibkan Perdana Menteri dan barisan kabinet menteri yang ketika itu dengan "sporting" menari Tarian Sumazau dalam majlis sambutan hariraya aidilfitri baru-baru ini.
Sudah menjadi tugas dan itulah tanggungjawab pancacai pakatan haram supaya mengaibkan Perdana Menteri dan isteri serta pemimpin BN yang lain bila ada peluang. Tapi kerana pencacai ini semuanya bodoh dan hanya tahu ambil upah sahaja, perkara yang begini sensitif pun mereka tidak tahu. Khabarnya ramai upahan pakatan haram hanya tangkap muat sahaja dijadikan keldai, ketua unit pemfitnah hidup senang lenang.
Bila isu ini sudah sampai ke tahap kritikal dan mengundang kemarahan rakyat Sabah, pencacai keldai mula menuding jari pihak lain yang salah dan kebodohan mereka dapat dilihat bila hanya satu blog saja yang jadi mangsa. 
Pihak PBS juga mungkin terlepas pandang, bukan satu blog sahaja yang menghina Tarian Sumazau ini,, MI harap pihak PBS lakukan penyelidikan yang menyeluruh dan buat laporan polis ke atas blog-blog yang lain juga.
Ehsan Bernama :
KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa rakyat Malaysia di Sabah melihat posting di laman web http://suarapakatanrakyat.com/ sejak Ogos 2011 untuk menilai sendiri sama ada  Suara Pakatan Rakyat adalah laman web palsu atau jurucakap pembangkang yang diwujudkan khusus untuk mencemarkan nama baik Barisan Nasional (BN) secara sistematik.
PBS menyifatkan penafian pembangkang dan gesaan untuk membuktikan kaitan blog itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai cubaan terdesak untuk mengelakkan diri daripada blog propembangkang yang kontroversi tetapi popular itu.
Penolong Setiausaha Agung PBS Daniel Kinsik berkata laporan polis oleh PBS dan kenyataan susulan (mengenai artikel itu) tidak menunding jari secara khusus pada PKR, tetapi yang pasti blog dan tulisan blogger berkenaan jelas propembangkang dan mengkritik BN.
Timbalan Setiausaha Agung PKR Sabah Darrel Leiking sebelum ini mencabar Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin menunjukkan bukti yang mengaitkan PKR dengan blog itu.
“Bukti apa yang dikatakan oleh Darrel apabila laporan polis PBS hanya meminta polis menyiasat artikel berbaur hasutan itu,” kata Daniel dalam  kenyataan di sini hari ini.
“Kenapa beliau gentar apabila tiada apa-apa pun dikatakan yang menuduh PKR sebagai penulis blog itu? Adakah beliau tahu sesuatu yang kita tidak tahu?” Apa yang perlu ditakutkan?
“Sebagai seorang peguam, Darrel patut membaca laporan polis PBS dan kenyataan susulan itu, sebelum membuat kesimpulan hanya berdasarkan tajuk berita sensasi oleh editor-editor untuk menjadikannya lebih menarik,” katanya.
Daniel berkata pemimpin Kadazandusun dan Murut PKR keliru dan mula bertindak tidak keruan kerana artikel kontroversi yang menghina tarian Sumazau mungkin memberikan impak ke atas mereka sebagai pemimpin pembangkang, kerana tahu bahawa Suara Pakatan Rakyat adalah jurucakap agenda pembangkang.
“Walaupun polis menjalankan siasatan, pendirian PBS ialah artikel dalam blog Suara Pakatan Rakyat berbaur hasutan dan seolah-olah dilakukan oleh mereka yang ada kaitan dengan agenda pembangkang.
“Jika benar Pakatan Rakyat tidak ada kaitan dengan blog kontroversi itu, mereka patut mengambil tindakan undang-undang untuk menghalang Suara Pakatan Rakyat daripada terus menerbitkannya, menggunakan nama yang seakan-akan sama dengan mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Daniel berkata rakyat Sabah tidak mudah terperdaya oleh penafian pembangkang, kerana tindakan Darrel hanya meningkatkan lagi rasa syak orang ramai bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya terdesak dan takut sesuatu yang sebaliknya berlaku kepada mereka.

0 Komen:

KOleksi KArtun POlitik

MyNewsHub

Blog Serius - Serius Beb!

Layar Berita - Google

Loading...

Dari Bilik Berita

Loading...