3 September 2012

Berita ini sebenarnya baru sahaja sampai ke e-mail penulis meskipun penulis telah mendengarnya agak lama. TFK telah diminta untuk menyiarkan e-mail ini agar ianya menjadi teladan dan iktibar kepada mana-mana individu yang berkeinginan untuk menjadi pemimpin.



Nama pemimpin terbabit bagaimanapun, tidak didedahkan. Penulis salin bulat-bulat apa yang telah dihantar kepada TFK untuk siaran.

E-mail:

Ini kisah seorang pemimpin politik di sebuah negeri di mana Pakatan Rakyat adalah kerajaannya...

Kisahnya sudah menjadi kes polis...

Amma Ba'adu...

Pemimpin politik ini agak terkenal kerana satu isu yang agak remeh tetapi menjelaskan tentang tahap dan mentalitinya. Bermula kisahnya ialah apabila dia mengahwini isteri kedua dan membawanya ke Makkah untuk menjalani ibadah umrah. Pernikahannya tidak diketahui oleh isteri pertama.

Bagaimanapun, isteri pertama mulai cuak apabila suaminya tidak pulang-pulang. Apabila suaminya pulang, maka ditanyalah kepada suaminya ke mana menghilang. Si pemimpin berkenaan naik berang apabila terus ditanya bertalu-talu sambil si isteri pula mempertahankan haknya untuk tahu di mana suami berada.

Pertengkaran mulai tercetus. Si pemimpin yang cukup terkenal dengan baran dan mudahnya naik angin, mula angkat kaki dan tangan. Tidak puas membelasah isterinya, anak lelaki pertamanya pula jadi mangsa.

Isteri pertamanya diceraikan. Lebih menyedihkan lagi, apabila isteri dan anak-anaknya dihalau keluar dari rumah. Bahkan ibu mertua yang sudah tua dan uzur pula, yang cuba meredakan kemarahan dan menenangkan keadaan turut menjadi mangsa kemarahan.

Laporan polis telah dibuat. Si pemimpin mulai waras dan sedar, peluangnya untuk menjadi calon pilihanraya akan hancur berkecai. Lantas, dia cuba menggunakan khidmat seorang pemimpin senior agar kaotim dengan pihak polis. Malangnya, kes sudah 'naik' dan tidak boleh lagi ditarik. Pemimpin baran terpaksa berulang-alik ke balai polis untuk memberikan keterangan.

Baran si pemimpin ini amat keterlaluan. Dalam satu kes yang berasingan, pemandunya telah dimaki hamun dan diumpamakan seperti anjing buruk kepala hanya semata-mata kerana tersalah jalan dan dia yang sememangnya sudah terlambat, bertambah lambat untuk satu program.

Apa yang kami ingin katakan ialah, sesiapa sahaja yang mahu mendaki kerjaya sebagai ahli politik, tidak harus sama sekali bersikap baran dan marah. Dan kalaupun marah tidak dapat dihindarkan, berusahalah agar kemarahan tidak sampai ke pengetahuan awam.

Pemimpin yang mudah marah, tidak layak untuk dijadikan sebagai pemimpin. Kalau isteri dan anak-anak sudah mulai menjadi mangsa kaki dan tangannya, ruang untuknya berlaku kejam kepada rakyat adalah sangat luas.

Zaman sekarang, dinding dan lantai yang dipijak pun boleh bercakap. Jangan fikir, kita boleh menyembunyikan sebarang rahsia apabila kita sudah bergelar pemimpin. Tunaikan tanggungjawab dan pegang amanah kita sendiri terlebih dahulu dengan sebaik-baiknya sebelum kita sibuk hendak meminta amanah dan tanggungjawab yang lebih besar.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!