Portal Berita Online Paling Hot!!!!

Home » » Bayaran Guaman : Rafizi RM 500 Ribu, Untuk "R" Berapa Pula

Bayaran Guaman : Rafizi RM 500 Ribu, Untuk "R" Berapa Pula

Written By Semut Pink on 4 Oktober 2012 | 12:00 PTG


Gema tempikan rata-ratanya rakyat Kelantan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 8hb Oktober lepas yang inginkan hak duit ROYALTI dari Kerajaan Pusat melalui hasil minyak Petronas nampaknya amat hambar. 

Menurut sumber, konvoi yang dijanjikan dari Kelantan sebenarnya melibatkan 500 unit kenderaan dan 100 kenderaan lagi datang dari pelbagai negeri lain di semenanjung. Akhirnya bila malam berhimpun yang dijanjikan hanya seribu lebih saja peserta konvoi "R" yang hadir, anak Kelantan yang tinggal di Selangor sendiri lebih berminat bawa keluarga untuk bersantai melihat perlawanan bolasepak antara Kelantan dan Felda United.

Penganjur membuat perhimpunan dan memilih Shah Alam sebagai tempat berhimpun dengan mengambil kira ramai warga Kelantan yang tinggal mencari rezeki di kilang-kilang sekitar Shah Alam. Penganjur lupa, anak Kelantan yang datang "berdagang" di negeri orang bukannya semua sokong perhimpunan yang langsung tiada faedahnya.

Rakyat Kelantan yang berada di Selangor sudah lali dengan taktik politik kampung Pas, berjanji pandai tapi sepanjang 22 tahun memerintah, pemimpin Pas kaya raya dan rakyat kena cari makan di luar kampung mereka. Mereka tahu setiap kali Bajet dibentang, Kelantan mendapat banyak peruntukan dari Kerajaan Pusat berbanding dengan pulangan hasil yang dihantar Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Pusat.

Bajet 2013 misalnya, Kerajaan Kelantan hanya menghantar RM 200 juta lebih sahaja kepada Kerajaan Pusat sedangkan Kerajaan Pusat menyediakan lebih dari RM 2 Billion untuk pembangunan menyeluruh di Kelantan. Apakah Kerajaan Pusat masih ZALIM ?

Kini bila menghampiri Pilihanraya UMUM, lagi sekali Pas Kelantan palu gendang dengan irama yang sama cuma tajuk lagu saja berbeda, kononnya kali ini nak tuntut hak rakyat Kelantan itu terus dimasukkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri pimpinan mereka. 

Malah mereka sendiri lupa bahawa mereka diberi masa yang secukupnya untuk meneliti perjanjian yang disediakan Petronas dan masa yang amat panjang untuk mengambil nasihat dari mana-mana peguam yang mereka ada ketika itu. Kenapa baru sekarang nak timbulkan soal Kerajaan Pusat ZALIM ?

Yang menariknya urusetia Himpunan tuntut ROYALTI kali ini siapkan pakaian seragam, unit kutip derma yang kononnya bertujuan untuk membayar YURAN GUAMAN yang bernilai lebih dari RM 40 Ribu. Besar sangat kah nilai yuran guaman ini hinggakan terpaksa menyusahkan pengikut yang sememangnya datang dari jauh, datang dengan wang sendiri kata mereka yang hadir dan terpaksa menginap dalam kereta masing-masing dakwa mereka. Rata-rata yang datang dari jauh semuanya merungut ; 

"Kenapa Kes Rafizi, senang je dapat RM 500,000  untuk bayar peguam ?"

Ada juga yang sinis menyatakan, Rafizi yang di dakwa dalam kes JENAYAH pun dibela oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, kenapa untuk tujuan yang baik bagi rakyat Kelantan tiada bantuan dari kesepakatan yang ada ?

Yang lebih menyakitkan telinga bila kedengaran rungutan tentang kemewahan Kerajaan Selangor yang menyediakan Bas Canggih dan kisah rombongan orang kepercayaan Anwar dalam Jet mewah. Ada peserta himpunan lontarkan rungutan keras, ada bezakah Kerajaan Selangor dan Kerajaan Kelantan ? Tidakkah keduanya adalah Negeri Pakatan Rakyat ? 

Kerajaan Pas Kelantan sudah lama, lebih dari 22 tahun, kenapa masih menadah tangan dengan rakyat meminta sedekah seolah fakir bawa tempurung ? Apakah besar nilai duit guaman tersebut ? kemana duit Kerajaan Pas Kelantan selama ini ?

Itulah antara rungutan pelbagai peringkat umur dan latar belakang yang berjaya MI dapatkan sepanjang perhimpunan malam tersebut. MI juga tunggu hingga majlis selesai dan tiada pengumuman dibuat berkenaan jumlah kutipan yang makin lama MI perhatikan makin tidak mendapat sambutan dari ahli mereka sendiri.

Walaupun "syuga pas" dijual untuk penuhi kantung tersebut namun ianya nampak jelas, rakyat Kelantan sudah sedar, mereka hanya datang mendengar apa lagi yang nak barisan pemimpin mereka yang lebih dari separuhnya sudah amat uzur nak berjanji.

MI berkesempatan mengikuti beberapa perhimpunan "R" ini dan dapati tiada satu pun pemimpin mereka bercerita bagaimana KAEDAH pembahagian duit Royalti itu nanti. Mereka hanya laungan semangat bahawa kita bakal senang lenang kalau kita dapat duit itu. Kerajaan Pas Kelantan mampu bangunkan Kelantan sebagai sebuah negara maju, itu saja laungan dalam setiap ceramah "R" mereka.

Penceramah yang ceramah hanya tahu memekik menceritakan bahawa mereka seolah-olah tertipu dengan Petronas dan Kerajaan Pusat. Dakwaan mereka tentang pejanjian antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas juga menampakkan bahawa penceramah tangkap muat itu juga tidak tahu langsung tentang isu ini.

MI...banyak rasanya projek Kerajaan Negeri Kelantan yang dijalankan GAGAL, projek kambing GAGAL, projek Ladang Rakyat GAGAL, projek Pertanian GAGAL, yang berjaya hanya projek BALAK untuk kroni mereka sahaja. Berjaya kayakan KRONI !!

Lagi gambar bukti hambarnya perhimpunan malam tersebut, klik SINI



Share this article :

1 ulasan:

Anonymous berkata...

Bro... tgk sikit tarikh tu..

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA INSTINCT - PORTAL BERITA ONLINE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...