3 Oktober 2012


Akibat melanggar Kod Etika Akta Perubatan 4.1 dan 3.4, Dr Rozmey yang merupakan tokeh jualan langsung digantung gelaran doktornya selama 2 tahun. Beliau didapati bersalah kerana terlibat dalam penjualan bahan yang didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan dan mengiklan diri sendiri.


Dr Rozmey akan menjalani penggantungan gelaran doktornya berkuatkuasa mulai 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan Presiden MMC.

Dr Hasan berkata antara pengamal perubatan lain yang didapati bersalah kerana melanggar kod etika ialah Dr Balayegaran, Dr Chow Chong Chek, Dr Ng Ah See, Dr Roland Masing, Dr N.M Ananda Murthy, Dr Chew Yoong Fong dan Dr Rajendra a/l Nadason.


Dr Rozmey juga pernah menggemparkan dunia perfileman negara. Filem pertama arahannya DUA ALAM yang didakwa sebagai pecah panggung dan mensasarkan mampu mengutip jualan tiket sehingga RM40 juta. Satu jumlah yang agak mengarut. Rupanya filem tersebut hanya indah khabar dari rupa. Pra tonton filem tersebut di Mid Valley sekitar 22 orang sahaja.

Terlalu banyak kritikan untuk filem tersebut, ada yang kata produser syok sendiri dan macam-macam lagi. Sebab semua poster ada muka dia, pelakon utama boleh katakan tak ada langsung. Betullah itu semua duit dia, tapi tak pernah dibuat dek orang filem. Gila glamour. 

Beliau juga didapati menipu mengatakan kutipan pada hari pertama sahaja mencecah RM2 juta, walhal menurut Finas kutipan sekitar RM200K pada hari ke-7.

Jangan sampai produk-produk yang dijualnya ada unsur tipu dan bahan terlarang udah le.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!