23 Oktober 2012


Semenjak kebelakangan ini fahaman komunis cuba dihidupkan kembali oleh mereka yang menyokong pergerakan itu secara diam-diam atau secara halus.

Mereka tidak lagi menggunakan taktik kekerasan atau mengangkat senjata. Mereka menggunakan taktik yang lebih halus dan tersusun untuk meracuni pemikiran rakyat Malaysia. Sebut sahaja komunis, pasti teringat kepada seorang pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng.




Sedikit mengenai Chin Peng. Beliau dilahirkan di No 36, Jalan Kampong Koh, Sitiawan Perak. Cenderung kepada fahaman komunis setelah membaca buku Mao Zedong. Pernah memimpin MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) untuk menentang tentera Jepun. Tindakan segelintir ahli MPAJA yang radikal seperti membunuh pemimpin tempatan telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu. Selepas berjaya dalam misinya mengusir tentera Jepun, PKM mula berhasrat untuk menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu. 

Chin Peng pernah membunuh rakannya sendiri, Lai Tek kerana belot melarikan wang PKM. Akibat kurangnya sokongan, PKM mula minta satu rundingan diadakan. Lalu termeterailah Rundingan Baling 1955 sebagai gencatan senjata.

Ahli PKM yang tidak bersetuju dengan rundingan tersebut, terus diasak jauh ke dalam hutan hingga ke sempadan Thailand. Permohonan Chin Peng untuk kembali semula ke Malaysia terus ditolak kerana beliau gagal mengemukakan bukti sebagai warganegara. Beliau dibenarkan menetap di perkampungan khas di Yala, Thailand. 


Kenapa dikatakan ada pertalian darah komunis dalam DAP. Untuk pengetahuan, Adun Beruas, Ngeh Koo Ham adalah anak saudara kepada Chin Peng. Manakala Nga Kor Ming adalah sepupu kepada Ngeh. Chin Peng telah menggunakan khidmat peguam yang sama digunakan oleh Ngeh semasa permohonan untuk menetap di Malaysia. Ngeh Koo Ham merupakan ahli pertubuhan Socialis International yang menjadikan idealogi komunis sebagai dasar perjuangan. Ngeh juga dilahirkan di kampung yang sama dengan Chin Peng.

Apa yang rakyat tidak sedar ialah pihak DAP banyak menggunakan simbolik dalam setiap majlis dan lambang perjuangannya. Itu yang dikatakan sebagai cara halus. Disengajakan atau tidak, rakyat atau lebih tepat lagi penyokong pakatan telah pun mengiktiraf perjuangan komunis mereka. Antara unsur-unsur komunis yang telah diserapkan oleh DAp ialah :

1. Sering memanggang 5 ekor babi. Ianya simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Bintang bucu 5 adalah logo universal pergerakan komunis.


2. 1967, DAP secara rasmi telah menjadi ahli Socialist International. DAP bukanlah parti yang demokratik tapi lebih kepada Parti Buruh di Israel.


3. Lim Guan Eng pernah berucap dalam satu majlis, akan mengadaptasi 3 People's Principles yang dibawa oleh Sun Yat Sen iatu pengasas Parti Nasionalis Cina Koumintang. DAP mahu membuat revolusi cara chauvinisme Cina.

4. Fakta tambahan, Nizar bekas Menteri Besar Perak juga ada kaitan darah dengan Ngeh dan Nga iaitu sebelah ibu Nizar yang berbangsa Cina. Justeru banyak kenyataan Nizar yang cuba mempermainkan sentimen orang Melayu dan Raja Melayu, sebab bersepupukan komunis.

Sebenarnya banyak lagi fakta yang menyokong bahawa DAP cuba menerapkan unsur-unsur komunis dalam perjuangannya. Apa yang penting dan perlu dilakukan ialah pastikan pakatan terutamanya DAP tidak menjadi tunjang dalam pemerintahan negara. 

Ingat DAP ingat KOMUNIS.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Serius - Serius Beb!

Dari Bilik Berita

Loading...