19 Oktober 2012




SHAH ALAM 18 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung penilaian tanah milik Talam Corporation Berhad (Talam) yang melonjak empat kali ganda daripada RM90.875 juta kepada RM391.986 juta.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu adalah satu situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, SPRM perlu memainkan peranan mereka setelah mendapat maklumat berhubung perkara tersebut dengan melakukan siasatan terhadap kerajaan Selangor.

"SPRM juga perlu cepat bertindak ke atas maklumat atau laporan yang membabitkan pakatan pembangkang, sebelum ini SPRM dilihat hanya bertindak tegas berhubung kes-kes melibatkan kerajaan sahaja, sehubungan itu mereka perlu berlaku adil dalam situasi ini.


 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!