30 Oktober 2012



Semasa berceramah di Kota Bharu semalam, Aishah mengaku dia terkilan dan berasa rugi kerana sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

Aishah juga mengecam pihak-pihak yang pilih kasih tersebut kerana menjadikan parti politik yang dia sertai sebagai alasan untuk tidak memberikan kerja kepadanya..

“Mereka seolah-olah bertanya, sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

“Saya percaya orang Melayu akan kekal tidak berubah (jika begini caranya) biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera,” katanya.

Aishah turut meluahkan rasa gembira kerana diberikan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

“Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

“Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!