9 Oktober 2012


Pelakon Izara Aishah mengakui penyebaran video seksi seorang wanita yang menari tarian tango dengan lenggok seksi dan menghairahkan di laman Youtube adalah dirinya.

Izara dalam laporan Harian Metro pada Jumaat berkata, video berkenaan dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor.

“Memang benar itu video seksi saya tetapi ia dirakamkan tiga tahun lalu,” ujarnya.

Tambah Izara dia tidak mahu bersikap hipokrit atau pun menipu dengan menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa yang berlaku.

“Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Izara berkata, video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di kolej berkenaan.


Dalam video tersebut, Izara memberitahu dia memegang watak seorang pengemis.

Menurut Izara oleh kerana kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.

Izara juga tidak sangka video itu telah dimuat turun di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.



Sumber : KotaBharuNews
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Free Search Engine Submission

Blog Serius - Serius Beb!

Dari Bilik Berita

Loading...