26 Disember 2012



Nampaknya Sultan Brunei masih tercari-cari pengganti pengubat hati yang masih perit akibat perpisahan Baginda dengan isteri yang ke tiga, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar. Belum pun reda dengan berita perpisahan mengejut ini, rata-rata rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa dan mengapa boleh bercerai ? Apakah Azrinaz menolak tuah atau Sultan Brunei tersalah langkah ?

Kini gempar di Brunei dengan berita bahawa Sultan Brunei bakal gantikan tempat kedua isterinya yang diceraikan. Isteri kedua juga diceraikan bersama dengan Azrinaz. Jadi sekarang Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri iaitu Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sultan Brunei amalkan petua orang tua-tua, jangan ceraikan yang pertama kiranya nak kawin lagi, yang pertama tu "punca rezeki".

Gempar rakyat bukan sebarang gempar, gempar kini membawa angin yang kurang segar, angin rakyat mula kecewa, angin rakyat berbaur persoalan ;

* kenapa Sultan Brunei yang mereka sayangi memilih BUKAN rakyat mereka ?
* kenapa tergesa-gesa memilih calon isteri (akibat tidak buat penelitianlah maka terjadinya penceraian)
* kenapa pilih ISTERI ORANG ? (janda akibat orang ke 3)

Rakyat Brunei sayangkan Rajanya, sayangkan Sultannya, sudah berkali Sultan mereka kecewa, remuk hati bukan kepalang bila Istana yang dibina rupanya Istana Pasir, sekali ombak menderu, Istana yang disangka teguh rupanya hanyut, hancur berkecai.

Rakyat Brunei tumpang sedih dan kecewa, mereka masih merasa bahang dan bau kari di tangan kenduri besar-besaran Sultan mereka dengan personaliti TV3 dari Malaysia, masih berbahang menyambut kelahiran anak Baginda dengan Azrinaz, tiba-tiba ledakan lafaz cerai bergema di umumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Abu Bakar.

Hingga kini rakyat ditimpa persoalan dan ianya berlegar malah khabar kurang enak ini bertiup tanpa sekatan lagi dan persoalan ini wajar dirungkai ;

Benarkah Sultan mereka akan berkahwin lagi ?
Benarkah kali ini bakal permaisuri Baginda adalah JANDA dari Malaysia ?

Kecewa Sultan, Rakyatlah tempatnya
Kecewa Rakyat, Sultanlah penawarnya
Kebahagiaan Sultan, Kegembiraan Rakyat
Kedukaan Rakyat, Kesedihan Sultan
Kesetiaan Rakyat, Kedaulatan Sultan
Negara Makmur, Rakyat Bahagia

Gurindam rasa rakyat luahkan agar Baginda sentiasa rukun dan damai mengemudi Istana, besarnya harapan rakyat Brunei ingin melihat Sultan mereka tidak dikecewakan lagi. 

Gossip yang melanda negara minyak terkaya di dunia bagaikan merobek hati rakyat yang perihatin terhadap Sultan mereka.

..bersambung ; khabarnya Janda dari Malaysia sanggup "Lurutkan Selasih Yang Di Sayang..." demi menjadi Permaisuri Ke Dua...




29 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

29 Komen:

  1. Sudah2lah menyibuk hal negara orang... negara sendiri pun banyak hal yg perlu di fikir dan di selesaikan.... biarlah sultan brunei nak kawin sampai empat sekalipun... dari negara manapun... sultan tak pernah abaikan tanggungjawabnya.. dan tidak pernah mengurangkan apa2 keistimewaan yang diberikan kepada rakyatnya.... wartawan malaysia memang banyak mulut kan... sedangkan rakyat brunei tak terdengar pun hal2 sebegini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya org malaysia dan saya setuju komen awak. Mengapa perlu menyibuk rumahtangga orang.

      Padam
  2. Mmg org malaysia suke menyibuk pon klau nak tahu....

    BalasPadam
  3. pokok tidak kan bergoyang jika tidak ditiup angin..
    Percerian tak kan berlaku jika tidak ada sebab munasabah..
    Raja bijaksana akan buat keputusan yang terbaik...
    Perkhawinan & Percerian masalah perbadi..
    yang penting tanggujawab kepada negara & rakyat tidak terabai...

    BalasPadam
  4. Nak tau kenapa..kerana azrinaz pencuri harta brunei..bukti ada di merata2..jgn nak tuduh sultan kitaorang..sultan brunei tak pernah pun mengabaikan rakyatnya

    BalasPadam
  5. seorang lelaki berkemampuan layak berkahwin hingga 4 tetapi memadailah seorang jika tidak mampu memberi keadilan kepada mereka

    sultan brunei org terkaya mungkin mampu beristeri ramai...apa yg terjadi sebelum ini ada penyebabnya....untungnya jadi perempuan

    BalasPadam
  6. Maaf....berita dan cerita ini sudah lapuk...dah d jwb pun oleh Jabatan Perdana Menteri, NBD....siap d siarkan ke dlm berita perdana melalui radio dan televisyen brunei beberapa bulan lalu...sekian...banyakkan berzikir yea....kami syg sultan kami...baginda adalah payung dan khalifah kami....

    BalasPadam
  7. Jodoh dan suratan hidup adalah di bawah jagaan Allah,sebagai hamba Allah baik Sultan maupun rakyat jelata telah termaktub di Luh Mahfuz apa yang akan berlaku dengan ke bawah duli tuanku sultan Brunei cuma kita berdoa jika dikuniakan jodoh walau siapa sekalipun kepada sultan di doakan kebahagiaan sepanjang hayat beliau,Amin
    drpd, mustapha Mawi email:rasmaenterprise@gmail.com

    BalasPadam
  8. penyebok betul , dye kawin bukan pakai duit org malysie pon. sultan brunei kahwin x abaikan rakyat dy, cuba tengok negeri kita ni malaysia. menteri je ramei tapi urusan rakyat 30000 jumaat pun tak siap

    BalasPadam
  9. Blogger takde ilham.

    BalasPadam
  10. Memang kebanyakan blogger menjadi pencetus isu mengarut dan pemfitnah. Ilmu tak tinggi tapi nak menulis. Jadi bukan karya yg dihasilkan malah Sampah yg jadi.

    BalasPadam
  11. betul tu, terbukti sekarang kebanyakan blogger banyak menghasilkan sampah.

    BalasPadam
  12. kalau benarpun saya sgt menjunjung keputusan Sultan brunei . apa salahnya janda..x kiralah dia dari negara mana pun..

    sekurang2nya seorang lagi hartawan akan dilahirkan ehsan dr sult yang penyayang..

    blogger xde ilham kerana sensasikan perkara yang mulia..

    BalasPadam
  13. orang malaysia ni kat mana2 pun memang suka menyibuk hal orang .. hal rumah tangga sendiri pun tak terjaga nak jaga rumah tangga orang .. bloggers ni memang sampah pun .. nak jadi reporter tak dapat sebab takde kelulusan .. xbrape berpelajaran n IQ rendah sebab tu la jadi bloggers bodoh aje .. sampah

    BalasPadam
  14. jangan dapat perempuan mata duitan sudah la..jika berita ini benar ,semoga Sultan brunei mendapat permaisuri baru yang sebaik Permaisuri pertama..

    BalasPadam
  15. brunei ok lo aku g sana xda masalah makan pun sodap siap dapat jemputan masuk istana (dapat gelaran awang ) hehe. Sultan Beriman Beramal Adil Kita kena Sanjung dan Hormat...Sultan nak kahwin ok la tu dari dia joli sakan la.. perempuan sana.. perempuan sini. Brunei jumpa lagi 2013

    BalasPadam
  16. HAHAHA! all of above statements are nonsense. Bruneians do not ask that kind of questions..ohh mann! dear writer, you just dont know what you are writing about..

    Get a life mannn~ :D

    Happy New Year 2013!

    BalasPadam
  17. saya org malaysia & kawin dgn org Brunei....suami saya bkerja di istana....Sultan seorg yg bhati mulia & bjiwa rakyat....sbb tu rakyat nya sygkn Sultan..siapa2 pn wanita yg Sultan nk kawin,tu bkn lh masalah.sbb beliau seorg yg bkemampuan....kta ni...sbgai hamba Allah...sdh2 lh nk jg tepi kain org...bkn mhina...tp saling memperingati...jodoh ketentuan di tgn Allah...

    BalasPadam
  18. Harap sultan brunai jgn tesalah pilih je...x kisah nak kawin ngan sesapa pun.aku rasa penulis ni bkn buat fitnah.cuma bg peringatan tuk ke dua dua pihak.jika benar janda seblm berjumpa sultan x pe la.tiada salahnya.dan jika sultan bg duit selpas dia jd janda tidak apa la.jgn la sbb gila kan harta.dan kekayaan yg kita ada.kita jd kufur ngan nikmat allah bg.
    Jgn kita kejar harta..kita buat perkara yg x elok.

    BalasPadam
  19. ke seri perdana ke rumah kak mah,
    manakan bisa duduk berlama,
    menulis artikel penuh 'berempah'
    berapa bayaran yang saudara terima

    BalasPadam
  20. menurut sumber...'permaisuri' malaysia sangat kecewa tidak dapat berbesankan sultan brunei....si puteri yang ditunangkan dalam majlis jutaan RM dgn 'billionaire' dari negeri eropah timur kata nya dah putus/dalam proses putus...sudah dua tahun lebih pertunangan berlansung pada ...dan 'pemaisuri' berhasrat mencari billionare lain sebagai ganti....apabila hasrat ditolak....maka murka lah baginda lalu timbul kisah ini....sementelaah si permaisuri sudah lama membuat onar dalam rumahtangga 'adinda ipar'kesayangan ini.....boleh saudara penulis pastikan? jasa anda didahului dengan ucapan terima kasih.....

    BalasPadam
  21. Menurut sumber, BN akan jatuh ke tangan pakatan dalam PRU13. BN tidak mempunyai pemimpin berkaliber. Wakil rakyat BN kecut kemaluan mereka dalam setiap perbahasan di parlimen. Mereka hanya mampu bersembunyi di belakang PM. Mereka tidak dapat menangkis hujah-hujah pakatan rakyat yang berkelulusan tinggi, pintar, mahir berpidato dan cekal. Kesian BN. Hanya menanti hari-hari di hantar ke perkuburan. Malaysian Instinct tak perlu pikir yang lain. Bisikkanlh zikir di saat nazak BN.

    BalasPadam
  22. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Betul pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO tak punya taring. Hanya kerana seorang DSAI raja peliwat terkenal, tak seorang yang berani angkat suara. Semua takut diliwat. Semua takut dilemparkan ke dalam penjara bila PR menang di PRU13. Walaupun isteri Yang di Pertuan Agong ditunjukkan isyarat lucah, berapa kerat saja manusia yang ambil peduli. Itu pun seperti anjing menyalak bukit. Konon nak bantu Plastine, tapi negara sendiri tidak terurus. Perkauman kian menebal. Bagai bom jangka. Bila-bila saja akan meletup. Berkokoklah terus MI. Tapi jangan lupa ekor bergelumang tahi.

    BalasPadam
  23. memakai bunga india di pesta ponggal sudah meraikan budaya indi sudah,menjadi pemukul gendang cina dan berying sang cina pun sudah...bila kah pula mahu menjadi imam sembahyang jemaah berserta alunan bacaan alquran dan zikir menusuk kalbu serta memyampaikan khutbah jumaat panduan hidup umat islam melayu oleh si pemimpin tertinggi ini.....

    BalasPadam
  24. dato nazim ke paris setisp tahun.ada sape kecoh?...perempuan mat salleh dipakai sentiasa sebagai pa,sebagai penterjemahan dan pelbagai lagi pekerjaan kononya.aa sape kecoh?..tak ada pula korang kecoh...now dah berani pun bawak ke malaysia..tinggal serumah lagi..tidak pula menjadi isu..jangan sampai jadi kes bom mengebom lagi sudah.sebab yang dibom dulu pun dari paris datangnya..eee takutnye ...tapi biasa lah polis tidak mungkin buat apa2...polis sekadar mengikut arahan vip ,bukan salah mereka pun.apa salah nya kan lelaki vvip punya perempuan mat saleh kan pakai bayarkan?lagipun kalau hal mereka ini siapa lah yang berani menyiasat,kalau dah siasat "salah pun boleh jadi betul"...integriti?entah lah u all

    BalasPadam
  25. Best berita ni! MI memang terbaik!

    BalasPadam
  26. Takper saya kan ada.

    BalasPadam
  27. Takper saya kan ada.

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!