10 Disember 2012




Seorang gadis berusia 17 tahun diarak secara bogel di sekeliling kampung oleh beratus-ratus orang di Adivasi, Bengal bahagian Barat India.



Sepanjang jalan kelihatan beberapa orang beberapa kali melecehkannya dengan memegang beberapa bahagian tubuhnya beberapa orang lain tak henti-henti menyorak kepadanya.

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki malahan berlari mendahului si gadis, beginikah mereka mendidik anak-anak mereka? Inilah para lelaki pengecut itu, terdapat banyak dari mereka dengan garangnya membawa belantan dari kayu hanya utuk menangkap dan membogelkan seorang gadis remaja 17 tahun. 

Tidak jelas mengapa gadis ini harus diberi hukuman seperti ini. Beberapa sumber mengatakan bahawa gadis ini dihukun berarak telanjang kerana berkaitan dengan pemuda yang berasal dari kasta yang berbeza. 


Gadis yang malang, sepanjang jalan menangis sambil menutup dadanya dengan tangannya. Sebuah potret daerah di mana banyak sekali diskriminasi kepada kaum perempuan.

Malahan di daerah ini seolah sudah biasa seorang perempuan bekerja lebih keras dari pada para lelaki atau para suami mereka. Tetapi inilah balasan mereka. Adakah mereka tidak pernah berfikir bagaimana seandainya hal ini terjadi pada anak gadis, adik perempuan, isteri atau ibu mereka. 


Hukuman berarak bogel sangat biasa di India. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini sering terjadi hal yang serupa. Mungkinkah ini sebuah tradisi hukuman yang turun temurun atau nafsu para lelaki yang hanya mengikut kepada undang-undang adat atas ‘kesalahan’ orang lain?. Nampaknya Pihak pembela hak-hak golongan Perempuan harus segera bertindak, terutama di daerah-daerah seperti ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!