Khamis, 20 Disember 2012


Jodoh pertemuan, ajal maut dan tanah kubur telah Allah tetapkan sejak di loh mahfuz kata ulama, semuanya telah Allah rencanakan dengan sempurna. 

Allah swt juga minta hambanya bersyukur dengan apa saja pemberian yang diberi atau apa saja yang panggil NIKMAT dari Rahmat Allah ini wajib disyukuri. Kalau hambanya bersyukur maka Allah akan tambah nikmat dan kiranya nikmat ini dikufufuri maka tunggulah balasan yang amat pedih di akhirat nanti.

Setiap yang Allah berikan pada kita adalah UJIAN dan ujian ini datang dalam pelbagai bentuk. Ada hambaNya yang diuji dengan kekayaan, ada yang diuji dengan kekuasaan dan kemewahan hidup malah ada juga diuji dengan kemelaratan kemiskinan. Semuanya ini wajib diterima dengan hati yang berlapang dada kata ulama.

Ada insan yang berjaya harungi ujian ini dengan sabar dan tawaduq, ada yang tak sanggup terima ujian ini dan melupakan garisan amaran Allah swt hingga begitu berani melanggar amaran Allah swt dengan bersandarkan akanbertaubat sebelum mati, seolah-olah insan ini amat yakin dan tahu bila tarikh mereka bakal dikuburkan.

Ada hambaNya yang nampak alim, nampak warak nampak adil kepada yang dipimpinnya, namun disebaliknya mereka ini menggunakan kekayaan yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta ini dengan bersandarkan nafsu yang tidak boleh dikawal lagi, nafsu yang melebihi hukum Ilahi, nafsu MEMBELI ISTERI ORANG !

Nabi saw pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya "Haram meminang pinangan orang" yang membawa pengertian yang amat dalam. Yang jelas, Ulama Tafsir menjelaskan hadis ini melarang keras kita merampas atau menggoda isteri orang yang akhirnya membawa kepada keruntuhan MASJID yang dibina selama ini oleh pasangan suami isteri ini.

Allah swt memberi kita kekayaan bukan untuk bermegah tapi untuk tujuan yang amat mulia, yang jelasnya adalah untuk membantu mereka yang kesusahan sesuai dengan syarie. Itulah indahnya Islam bila ZAKAT diwajibkan ke atas yang berkemampuan. Bukan menggunakan kekayaan dan kekuasaan yang kita ada dengan merampas kebahagiaan orang lain.

Allah swt jadikan NAFSU untuk dikawal oleh IMAN yang Allah swt beri dan nafsu akan dibentuk oleh akal yang waras supaya mencapai kehendak Nabi saw dalam satu hadisnya berbunyi " kaki kiri kita pijak nafsu dan kaki kanan kita melangkah ke syurga Allah "
Walaupun ada yang mengatakan hadis ini lemah sanadnya namun sesetengah Ulama setuju dengan 'bidalan' yang membawa erti kita dapat mengawal nafsu walau dalam keadaan apa jua sekali pun.

Apakah kita merasa bangga dapat memiliki isteri orang, memisahkan hubungan akrab antara anak dan bapanya semata-mata kita inginkan tubuh badan isteri si polan ?

Apakah kita merasa bangga seolah-olah kita dapat tunjukkan bahawa tiada siapa yang mampu halang kehendak nafsu kita dan kita mampu membeli tubuh ngiur isteri orang ?

Apakah kita merasa bangga kerana dapat mengekalkan di mata dunia bahawa KUASA yang ada pada kita masih digeruni oleh semua orang ?

Si isteri juga patut malu, sejak dari awal kenal manusia bernama LELAKI ketika di universiti lagi perangai mengejar JANTAN KAYA ini masih belum padam. Nafsu sang isteri bukan pada kehebatan ranjang sang suami tapi amat luarbiasa bila sang isteri hanya mengejar KEKAYAAN yang dimiliki oleh JANTAN KAYA sahaja. Baginya, kangkangnya tak luak untuk ditadah kepada siapa saja janji beliau dapat mandi dengan DUIT !

Ini kisah benar, dari zaman Universiti sebagai penuntut, ketika bekerja dan akhirnya ketika menjadi isteri orang kenamaan pun NAFSU DUIT ini kekal dan masih tebal bersarang dijiwanya.

Tak cukup berkahwin dengan ahli keluarga aristokrat yang terkenal, tak cukup dengan tiga zuriat yang Allah swt berikan, kini beliau mengambil risiko melangkah ke puncak tertinggi dalam perjalanan menggali HARTA KARUN JANTAN KAYA, beliau bakal menjadi permaisuri Raja. Tinggalkan anak-anak kepada Sang Suami, tinggalkan kemewahan yang tak mampu menyegarkan nafsunya dan bakal beralih kepada longgokan DUIT yang bergunung.

Khabarnya telah bercerai !
Khabarnya telah dihadiahkan Banglo besar dan mewah, RM5 juta !
Khabar menunggu edah tamat !
Khabarnya menunggu saat dilumuri dengan duit selautan mata memandang !

MI takkan sebut namanya di sini
MI takkan tulis nama Raja di sini
MI akan dedahkan segalanya ketika hari beliau disirami DUIT oleh Sang Raja !



41 Komen:

KOleksi KArtun POlitik

MyNewsHub

Blog Serius - Serius Beb!

Layar Berita - Google

Loading...

Dari Bilik Berita

Loading...