31 Disember 2012



Seperti tahun-tahun sebelumnya, Ustaz Azhar Idrus bakal mewarnai dataran Shah Alam untuk berceramah lawak jenakanya. 

Gendang dipalu, flyers ditabur, banner dah mula dipasang, semuanya bermula bila BN Selangor mulakan program tahunan sambutan Karnival Sayangi Selangor di I-City Shah Alam. Sambutan hampir sejuta pengunjung samada dalam dan luar Selangor ini menyebabkan pakatan haram Selangor mula panas punggung dan terpaksa cari alternatif untuk menunjukkan bahawa mereka mampu alihkan pengunjung di program BN Selangor ke program Pak lawak mereka.

Azhar Idruslah yang sesuai bagi mereka, malah mereka selitkan hiburan yang kononnya hiburan Islamik untuk mengaburu mata umat Islam seolah-olah dapat pahala juga mereka datang bercampur gaul antara lelaki dan wanita yang sah nikah.

Ada di kalangan anak muda yang datang tahun lepas mula mengeluh, mereka dengan tegas mengatakan mereka tertipu, ingatkan datang nak bawa balik sikit Ilmu, rupanya datang sekadar mendengar cerita lawak dari Ustaz yang gila glamor. Malah mereka merungut bahawa artis-artis yang usang mendendangkan lagu nasyid kononnya Islamik, walhal semuanya bertujuan politik.

Seperti biasa mereka dah dapat agak bahawa soalan yang datang kononnya dari pendengar sebenarnya hanya lakunan Ustaz Azhar, itu soalan beliau reka sendiri supaya Ustaz Azhar boleh jawab dengan harapan pendengar akan ketawa terbahak-bahak. Sebahagian dari dialog rekaan Ustaz Azhar sendiri.

"..saya ada di hadapan pentas tahun lepas..saya nampak, mana ada orang hantar soalan..team Ustaz Azhar sendiri yang berlakon hantar soalan.."





0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Free Search Engine Submission

Blog Serius - Serius Beb!

Dari Bilik Berita

Loading...