30 Disember 2012




KUALA LUMPUR  - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berhak meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan untuk memberi penjelasan tentang amanatnya pada 1981 yang mengkafirkan UMNO, kerana perkara itu melibatkan soal akidah.

Bekas ahli seumur hidup dan aktivis Pas, Zainon Ismail (gambar) atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani berkata, beliau hairan dengan tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat untuk menjelaskan amanat tersebut tetapi tidak pula memberi sebarang syarat ketika amanat itu dibuat 31 tahun lalu.


Katanya, tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat menunjukkan Presiden Pas itu lebih mengutamakan politik daripada meletakkan kepentingan akidah umat Islam yang terpengaruh dengan amanat beliau sehingga sanggup mengkafirkan keluarga sendiri.

"Kenapa sekarang baru beliau mahu meletakkan syarat? Ketika amanat itu dibuat di Banggol Peradong pada 1981 sehingga menyebabkan kami pengikut Pas mengkafirkan seluruh ahli Umno serta keluarga sendiri, tiada sebarang syarat dikeluarkan Hadi. Malah ketika berceramah di mana-mana pun, beliau tidak melatkkan sebarang syarat tetapi kenapa kini dalam isu akidah sebegini perlu kepada syarat pula? Siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan amanat ini? Siapa yang menyebabkan perpecahan ini?


"isu kafir mengkafir ini soal akidah. Apakah ada benda lain lebih penting daripada soal akidah di mata Abdul Hadi sehingga beliau sanggup meletakkan syarat" katanya yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku'.

Beliau berkata ketika diminta mengulas reaksi pertama Abdul Hadi yang meletakkan syarat agar diberi siaran langsung selama sejam di RTM dan TV3 berhubung isu desakan agar Presiden Pas itu menarik semula amanat setelah sekian lama menyepi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan Hadi yang memandang rendah pendedahannya menerusi buku Kafirkah Aku? apabila menyifatkan beliau cuma guru sekolah rendah, Zainon dalam nada sinis berkata: "Orang Pas ni, tak ada orang lain yang lebih hebat, lebih tinggi kecuali pemimpin mereka sahaja"


"Saya akui ilmu saya tidak sehebat ulama-ulama Pas khususnya Abdul Hadi. Saya akui saya cuma cikgu sekolah tetapi apa yang saya pertikaikan bukan soal ilmu tetapi pengalaman saya dan puluhan ribu ahli Pas yang taksub dengan amanat beliau sehingga mengkafirkan keluarga sendiri" katanya. 

3 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

3 Komen:

  1. Kalo tak silap tengok dalam amanat hadi kata parti Umno tu kafir pasal perlrmbagaan penjajah tak pula saya nampak dia kata orang Umno kafir...kalo mata tak rabun cuba teliti betul2...bgus bawa mahkamah ni kes dupaya tau siapa benar siapa salah..

    BalasPadam
  2. dah beribu dah..makan hasutan gila ni..baru ni kabor plembagaan kafir.bukan orang umno kafir.memang kaki penbelit..dh solat 2 imam.kawin cerai berai..dn byk lg lh..pencacai tegar..x leh fikir.mana baik mana buruk..bodo mung ni..

    BalasPadam
  3. Itu mesti penyokong PAS tegar tu, lagi nak menegakkan benang yang basah.Perlembagaan penjajah ke apa ke yang terbukti dah mengkafirkan orang UMNO. Kau tanggung lah dekat akhirat nanti, lepas tu jumpa lah tok guru kau tu di padang Mahsyar mintak teket masuk Syurga.

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!