27 Disember 2012



Kaya...siapa yang tak ingin menjadi kaya, hidup senang lenang, tidur pun beralaskan duit. Kerana ingin menjadi kaya jugalah manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat tersebut.

Ada yang sanggup menjual maruah diri, jual isteri, jual anak, mencuri, merompak dan menipu. Itu semua akan menjurus ke satu arah iaitu...untuk kaya atau ada lebihan duit walaupun caranya ternyata salah.

Terbaru yang penulis dengar, kecoh di selatan tanah air, ada segelintir individu yang sanggup menggunakan agama untuk menarik sekumpulan masyarakat melabur dalam skim yang menjanjikan pulangan berjuta ringgit. 


Katanya, sejumlah dana Islam yang berjumlah berbillion ringgit bakal dipulangkan semula ke Malaysia setelah dirampas oleh penjajah. Baik sungguh hati penjajah sebab rela hati nak pulang semula harta yang dirampas.

Prinsipnya mudah...dengan bermodalkan serendah RM100, pencarum akan dapat pulangan RM 1 juta. Pergh!!!macam cerita kartun je bunyinya. Pencarum juga perlu mengisi borang bersama dengan salina IC dan no akaun bank. Tapi bukti atau resit penerimaan langsung tidak diberikan.

Selepas itu pencarum atau pun ahli dikehendaki bersumpah laknat supaya kelak bila duit tersebut keluar, tidak boleh digunakan ke jalan maksiat. Jika digunakan ke jalan maksiat secara otomatik penyaluran dana akan terhenti. Jika semasa sumpah laknat dijalankan, ada berlaku kekecohan dikalangan ahli, maka itu sebagai petanda buruk yang dana tersebut tidak dapat diberikan dalam waktu terdekat. Ini kerana berlaku kesangsian dikalangan ahli. 

Persoalan:

1. Jika benar individu tersebut memegang sejumlah dana yang besar, kenapa dia harus kemaruk sangat dengan nilai RM100 sebagai prasyarat?

2. Kenapa diperlukan no akaun dan salinan IC? Sedarkah bahawa dokumen atau aklumat tersebut boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mencipta perbankan internet untuk kepentingan mereka?

3. Jika benar penjajah ingin memulangkan semula harta rampasan, kenapa pemulangan tersebut dirahsiakan. Tahukah kita penjajah menjajah sesebuah negara kerana kepentingan ekonomi, bukan atas kepentingan 
tanggungjawab sosial. Cuba lihat di Iraq..adakah Amerika memulangkan semula harta rampasan? Pernah dengar pasal dinar Iraq yang cuba menipu golongan pendek akal.

4. Logik ke labur RM100 dapat RM1 juta? Islam sendiri mengajar umatnya berusaha...bukannya duduk diam. Bak kata orang yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih tak kan datang melayang. Sudahnya kita sama sahaja dengan Mat Jenin. 

5. Kenapa tarikh pemberian dana masih tidak dapat ditetapkan? Ini kerana mereka merasakan masih ada lagi masyarakat di luar sana yang boleh diperbodohkan. Selagi ada golongan yang mahu kaya tanpa usaha, selagi itulah mereka akan mencari jalan untuk mengkayakan diri mereka sendiri. Pencarum terus dijanji dengan tarikh yang sentiasa berubah-ubah. Ah Long pun tahu menepati janji...dokumen cukup terus dapat duit. 

Tujuan penulis ialah ingin menyedarkan mereka yang telah dipergunakan oleh puak-puak yang mempunyai agenda tersirat. Kesian...yang kaya mereka yang menipu...pencarum tetap macam itu, terus mengharap sesuatu yang tak pasti.

Yang membezakan manusia dan binatang ialah akal fikiran. Jika bab-bab yang simple pun kita tidak mampu menggunakan akal fikiran yang waras...apa bezanya kita dengan binatang.

DANA ISLAM yang dijanjikan sebenarnya tak wujud...yang wujud ialah BANK ISLAM. Kalau nak duit pinjamlah dengan bank-bank yang ada di Malaysia. Paling tidak pun duit RM100 laburkan sahaja dalam ASB, setiap tahun dapat gak hasilnya walaupun bukan berjuta.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Free Search Engine Submission

Blog Serius - Serius Beb!

Dari Bilik Berita

Loading...