Selasa, 1 Januari 2013


Bermula hari ini, 1 Januari 2013, rakyat akan menikmati 12 tawaran yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi Bajet 2013. 

Semua tawaran itu tercatat pada Fokus Keempat iaitu Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam serta Mensejahterakan Rakyat yang disenaraikan menerusi Fokus Kelima.


BAJET 2013 POSTER

Tiga tawaran menerusi Fokus Keempat membabitkan warga tua dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang diberi diskaun 50 peratus caj bayaran pemprosesan pasport yang mana kadar bayaran bagi tempoh lima tahun dikurangkan kepada RM150 dan RM80 untuk dua tahun.


Bermula tahun depan, Bahagian Pinjaman Perumahan akan disusun semula dan panel bank komersial akan dilantik untuk menguruskan pinjaman perumahan kerajaan.
Fokus Kelima menyaksikan untuk pertama kalinya RM250 diberi kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, manakala isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan menerima RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Selain itu, pengumuman pemberian rebat tunai RM10,000 dan subsidi dua peratus kepada pengusaha bas untuk pinjaman penuh bagi menggantikan bas sekolah lama berusia lebih 25 tahun kepada bas baru berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk.
Malah, kerajaan terus memastikan kebajikan generasi muda terpelihara apabila pelajar sekolah rendah dan menengah yang menggunakan bas sekolah berpermit akan menikmati faedah Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had RM100,000 untuk tempoh dua tahun.
Bagi penjawat awam pula, kontrak perkhidmatan 45,000 kakitangan kerajaan akan dilanjutkan.
(Sumber BH Online)

0 Komen:

Artikel Popular:

emoticonx ({ emoRange: "# comments p, div.emoWrap", putEmoAbove: 'iframe # comment-editor', topText: "Click to see the code!" emoMessage: "To insert an emoticon you must added at least one space before the code." });

Gadjet Terkini

KOleksi KArtun POlitik

MyNewsHub

Blog Serius - Serius Beb!

Loading...

Dari Bilik Berita:

Loading...