11 Januari 2013



Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta orang ramai tidak hadir pada Himpunan Shamsidar yang dijadualkan Sabtu ini.

Menurutnya, isu melibatkan Shamsidar itu tiada kaitan dengan negara atau kepentingan awam sebaliknya lebih bersifat peribadi. Oleh yang demikian biarlah pihak berkenaan sahaja yang menyelesaikan isu tersebut.

Mengulas lanjut, Nasharudin berkata isu tersebut turut melibatkan institusi kehakiman, jadi biarlah pihak mahkamah sahaja yang menentukan kes berkenaan. Jika pihak mahkamah berpendapat ada pihak yang perlu memberi keterangan maka pihak yang berkenaan perlu memberi keterangan di mahkamah terbuka. Tidak perlu adakan demonstrasi. Biarlah mahkamah yang menentukan keputusan isu tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!