19 Januari 2013



Angka kehadiran terus menjadi mimpi ngeri untuk tutup malu, angka yang dihajat tidak tercapai, angka yang terpampang di segenap penjuru alam nyata hanya angka Mat Jenin bagi Ketua Himpunan Sokong Samsidar, sekadar nak ambil hati Anwar, sekadar nak 'pow' duit yang ada dalam akaun Anwar ?

Sekejap 200 ribu, sekejap 700 ribu dan akhirnya angka penyedap hati menjadi 500 ribu. Pelbagai bukti palsu cuba diletak di dada akhbar pakatan haram, pelbagai bukti menipu terpampang di alam maya, hinggakan sanggup impose gambar manusia pendemo penuh stadium Merdeka hingga terpaksa mencangkung di atas bumbung stadium yang bersejarah itu.

Memalukan bila terpaksa wujudkan pasukan pengutip duit ( klik SINI ) entah apa tujuan pun MI tak pasti. Apakah Mat Sabu cuba ambil kesempatan seperti isu Tabung Memali yang masih tak selesai hingga kini ? Apakah Mat Sabu cuba ambil kesempatan supaya duit deposit sewa Stadium Merdeka tidak hilang begitu saja angkara mungkir janji ? Semuanya menjadi persoalan. Semuanya hanya Mat Sabu yang tahu.

Memalukan bila jumlah kutipan yang diperolehi tidak diumumkan, tidak diberitahu kepada peserta sokong Samsidar. Kemana nak diarah duit ini ? Malah ada adengan bergaduh sebab duit upah hilang kalau ikut sumber di SINI.

Memalukan bila penganjur terpaksa buka kaunter upah lebih awal agar makin ramai yang hadir dan Stadium Merdeka akan penuh walaupun ketika itu jumlah yang hadir tak sampai pun 30ribu orang. Klik SINI.

Bertambah-tambah malu bila gema suara sumbang masih berbunyi bahawa ramai yang datang kecewa, upah penat lelah mereka tinggalkan anak bini dan kampung halaman tidak berbayar, tidak dibayar seperti yang dijanjikan. Menurut sumber dalaman, upah yang sepatutnya mereka terima adalah antara RM50 hingga RM 700 sekepala. Berdasarkan jarak rumah dengan Stadium Merdeka.

Bertambah duka bila upah yang dijanjikan katanya sudah dikapor oleh 'kepala' yang dilantik. Kepala yang dilantik berbohong katanya mereka tidak menerima upah sebanyak jumlah yang dijanjikan. Masing-masing cuba mencari alasan terbaik agar terlepas dari nama diburukkan. Supaya lain kali mereka tetap menjadi kepala.

Akhirnya menurut sumber, penganjur terpaksa buka kaunter bayaran upah lagi sekali selewatnya sebelum PRU13. Tarikh, tempat dan masa akan diberitahu melalui sistem pesanan ringkas bagi yang berdaftar dengan kepala masing-masing.

Janji pakatan haram janji tak pasti
Janji pakatan haram janji pasti dimungkiri
Janji pakatan haram bakal memakan diri

MI akan bantu war-warkan bila tiba masa pembayaran upah tertunggak kepada yang masih belum dapat lagi.

Cuma MI boleh jangka bila akan dibayar, bila pihak Stadium Merdeka sudah pulangkan deposit sewa stadium RM 75 ribu. Setelah pihak stadium berpuashati dengan perjanjian sewa tersebut. 

Dengarnya banyak kerosakan berlaku !







0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!