18 Januari 2013


Ada ribut tanpa hujan, ada hujan tanpa petir dan ada petir tanpa taufan namun semuanya petaka alam yang bukan boleh dipandang ringan bukan boleh dibuat jenaka malah bukan sekadar penghias berita di sudut ramalan cuaca.

Perumpamaan orang Melayu lama, kalau pokok bergoyang sudah tentu ada anginnya, sudah tentu ada yang goyangkannya. Goyang yang mampu tumbangkan pohon atau goyang beralun sepoi buat daun menari mengikut alunan bayu.

Bidalan Melayu bidalan lama kalau tak jaga usanglah ia, anak muda sekarang makin jauh makin hilang dan lupa kiasan berharga warisan lama kebanggan moyang dahulu kala.

Belum reda hujan di timur badai datang menjenguk pula, belum selesai kisah janda muda beranak tiga kini Istana Raja kena menjawab pula. Dulu di SINI MI bercerita bukan bersenda, kisah Sang Janda tinggalkan suami kaya demi mencari Sang Baginda dan di SINI MI bertanya, apakah benar apakah dusta. Jauh sekali keruhkan yang ada.

Kini Istana Baginda menjadi buah cerita, apakah benar berita yang MI dengar dari sumber, Mantan isteri Baginda, Azrinaz Mazhar Hakim sukar bertemu kedua puteri dan puteranya. Pihak Istana seolah-olah sengaja melakar jadual agar Ibu kepada anaknya sendiri terpisah jauh setiap kali tiba jadual lawatan yang dijanjikan, yang dipersetujui dan termeteri.

Tujuh hari sebulan, itulah kandungan penting dalam 'perjanjian perpisahan' yang dipersetujui oleh Azrinaz demi dapat hilangkan rindu pada sang "baby".

Apakah Sultan tahu akan perkara ini ?
Apakah pegawai Istana cuba keruhkan suasana ?

Tiap kali jadual bertemu dengan permata hati, ada saja alasan diberi, kedua permata hati di bawa jauh ke benua lain kononnya bercuti sedangkan itulah masa lawatan yang diberi. Malah pernah hingga ke Kota London kedua anaknya bercuti di hari Azrinaz tiba untuk mengubat rindu di hati.

Bersambung ! 


7 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

7 Komen:

  1. artikel ini...adalah artikel berbayar seperti bayaran untuk menukar dari SD1 ke SD2....tak gitu wahai sang penulis....

    BalasPadam
  2. khabar juga bertiup...masakan tiada angin pokok bergoyang,bahawasanya berita mengenai perkhabaran istana yang sedang dicanangkan oleh si penulis ini..adalah drpd titah perintah dan berpunca daripada kekecewaan seorang 'permaisuri" yang teringin berbesankan seorang anak "raja" tetapi hasrat hati ditolak...betulkah sang penuh penulis ceritera?

    BalasPadam
  3. satu sumber juga bercerita si "suami yang ditinggalkan" bukan lah ditinggalkan, tapi dia mahu ditinggalkan supaya dapat bersenang lenang menjaga 'sang pengurus nfc'...dan menghalang hubungan anak2 bertemu ibu semata untuk mengaburi pandangan khalayak kononya anak2 ditinggalkan..bukankah sejarah ini pernah terukir dalam keluarga lelaki kaya ini suatu ketika dahulu..si bekas isteri dituduh gila kerana permaisuri bertakhta di hati ingin menguasai 'pembesar'...sejarah menyusur akar peristiwa jangan sesekali dilupakan ....dan sejauh mana rapatnya pula hubungan "si suami kaya" itu dengan 'permaisuri'....kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai...

    BalasPadam
  4. ke seri perdana ke rumah kak mah
    manakan bisa duduk berlama
    menulis artikel penuh berempah
    berapa bayaran yang saudara terima.

    BalasPadam
  5. 'permaisuri' malaysia murka..hasrat berbesankan sultan brunei ditolak mentah2.. kisah ,si puteri yang ditunangkan dgn 'jutawan minyak' dari eropah timur katanya sudah putus /dalam proses diputuskan,lalu timbul hasrat hati ingin mengantikan dengan 'jutawan minyak' negara seberang.
    Sementelaaah pertunangan sudah pun memasuki 2 tahun lebih,kata orang tak baik tunang lama2.
    Murka teramat hasrat tidak diendahkan, dan sebagai tanda murka duli permaisuri ,dikarang ditokoktambah riwayat perkahwinan sultan berdaulat.
    Apatah lagi selama ini katanya si permaisuri sudah lama membuat onar dalam rumahtangga 'adinda ipar kesayangan'
    ini pun menurut sumber..bagai yang dicatat:kalau pokok bergoyang sudah tentu ada angin nya
    .Dan kini menjadi buah cerita.apakah mamanda menteri tahu akan perkhabaran ini?jawapan dari istana perdana amat dinantikan....wahai saudara penitip ceritera.
    tak sungguh tak melata,tak sungguh maka tak kata..menjunjung kasih

    BalasPadam
  6. kan yang diceraikn c A tu sudah kawin...penulis kurang info ke.huhu

    BalasPadam
  7. kalau tidak berada ada masakan tempua bersarang rendah....benarkah hubungan dato nazim dgn izana dato saleh...atau sekadar cinta muka buku ketika si isteri sarat mengandung..dan apakah yang dilakukan saban tahun ke paris dan london tanpa si isteri.ketika melangkah ke alam perkahwinan dahulu si suami hanya lah adinda timbalan memanda menteri...kawan pun kurang apatah lagi yang menyembah pun hampir tidak ada..... dan dunia semakin pincang bila orang dan maruah boleh dijual beli...tidak mudah BILA BARU di tampuk pemerintahan.. kejutan budaya pasti berlaku apatah lagi menaiki tahkta tanpa susah payah jerit perih berjuang di medan demokrasi.berburu ke padang sasar,dapat rusa berbelang kaki,berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi.

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!