4 Januari 2013




KUALA TERENGGANU  - Ketika murid-murid tahun satu lain riang bersama kawan-kawan baharu sebaik memulakan alam persekolahan semalam, Muhamad Faiz Muntasir Muzil, 7, bagaimanapun kelihatan tidak bermaya dan keletihan.

Wajah dan fizikalnya turut menggambarkan dia memikul beban yang berat berikutan dilahirkan dengan jantung yang berada di luar badan sekali gus membataskan pergerakannya.

Difahamkan kanak-kanak itu merupakan salah seorang daripada empat kanak-kanak di negara ini yang dilahirkan dengan kecacatan sedemikian.


Muhamad Faiz Muntasir ditempatkan bersama dengan lapan lagi rakan sebaya dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam dekat sini.
Anak sulung daripada tiga beradik itu kini masih mendapat rawtan lanjut di Institut Jantung Negara namun belum menjalani sebarang pembedahan setakat ini.

Ibu saudaranya, Rusyati Awang, 39, yang menemaninya di sekolah itu berkata, dia mengambil tanggungjawab mengasuh Muhamad Faiz Muntasir sejak kecil kerana ibubapa kanak-kanak itu, Manzika Ismail, 35, dan Muzil Awang, 36, terpaksa bekerja di luar negeri.

"Dia seorang kanak-kanak yang perinag namun disebabkan keadaannya itu saya perlu pantau setiap masa dan tidak boleh benarkan dia berlari kerana bimbang akan terjatuh dan tubuhnya juga mungkin menjadi kebiru-biruan. Memang pihak hospital ada bekalkan baju khas untuk menghalang dia tercedera, tapi dia enggan pakai mungkin sebab berat atau panas dan hari ini pun dia tidak pakai walaupun saya memintanya berbuat demikian" katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu.

Katanya, beberapa minggu sebelum sesi persekolahan bermula, kanak-kanak itu berkali-kali memberitahu tidak sabar ke sekolah apatah lagi ini merupakan kali pertama merasai pengalaman tersebut kerana tidak pernah memasuki pra sekolah sebelum ini.

"Untuk beberapa hari ini saya mungkin menemaninya di dalam kelas bagi melihat keadaannya, tetapi dengan perhatian rapi yang diberikan pihak sekolah terhadapnya, saya rasa sangat lega". Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman yang melawat sekolah itu berkata, kerajaan negeri akan memberi bantuan dari semasa ke semasa kepada kanak berkenaan.

"Untuk permulaan kita akan sediakan sebuah kerusi roda kepada Muhamad Faiz Muntasir selain akan membina sebuah tandas untuk kegunaan kanak-kanak istimewa di sekolah ini serta memasang alat pendingin hawa di kelas mereka" katanya.

hd 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!