18 Januari 2013


Mungkinkah pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru malam ini bakal menobatkan Kumpulan Jozan sebagai juara?

Ramai berpendapat Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan mampu mengenepikan peasing lain iaitu Jambu, Shiro, Saywho dan Boboi berikutan persembahan menarik dan kreatif yang ditampilkan setiap minggu.  

Biarpun sejak minggu kelapan Jozan hanya diwakili oleh Zizan kerana Johan dinasihatkan berehat selepas menjalani pembedahan namun persembahannya tetap mendapat sambutan hangat daripada penonton.


Apa pun untuk pertandingan akhir ini, Jozan perlu mengekalkan kedudukan teratas kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan kumpulan itu tunduk kepada kumpulan lain terutama Jambu yang mengekori rapat sejak minggu pertama.

Sekiranya Jozan mengekalkan mutu persembahan yang menghiburkan untuk tugasan akhir berdasarkan tema iaitu bebas dan komedi muzikal, sudah pasti wang  RM500,000 dan trofi dipertaruhkan menjadi milik mereka.

Persembahan MLM akhir dinilai berdasarkan 70 peratus markah oleh juri tetap terdiri daripada Lisa Surihani, Awie, Wulan Guritno serta Najib Ali manakal 30 peratus lagi pilihan penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Naib johan pertandingan pula bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM250,000, ketiga RM150,000 keempat RM50,000 dan RM15,000 untuk tempat kelima.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!