Selasa, 1 Januari 2013



Makin menghampiri Pilihanraya UMUM makin terserlah ego atau sifat bongkak tahap maksima. Semuanya sama saja perangai pemimpin 'komponen palsu' pakatan pembangkang.

Semalam MI dedahkan kebongkakan Presiden Pas, sama seperti kononnya ketua ulama parti Pas, Nik Aziz yang memang terkenal sejak sekian lama begitu sombong dan angkuh kononnya hanya beliau sajalah yang tinggi Ilmu Agama walhal seluruh Malaysia tahu beliau hanya berkelulusan cukup-cukup makan dari Mesir, itupun dikhabarkan hanya setahun saja di Mesir. Selebihnya beliau hanya belajar di India. KILK SINI

Dari Nik Aziz, Hj Hadi, Lim Guan Eng Si Tokong dan kini akhirnya Anwar tunjukkan belangnya lebih awal supaya tiada lagi bunyi yang kurang menyenangkan dari pakatan haram mereka.

Anwar amat resah bila Muktamar Pas baru-baru ini usul yang diterima oleh kepimpinan Pas samada secara sukarela atau sebaliknya tetapi atas desakan ahli maka USUL Hadi sebagai PM terpaksa diterima walaupun seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa dalam Pas ada Parasit Anwar.

Tak perlu nak tunggu lama dan tak perlu nak fikir panjang, itulah perangai Anwar sejak dalam ABIM lagi dan perangai buruk ini terus dibawa ke dalam UMNO, hinggakan perangai buruk ini terus menerus mengikuti beliau dan menjadi antara badi 'suwey' dalam hidupnya. Badi sial yang tak pernah padam dalam kehidupan peribadinya hinggakan 'liwat' adalah hobi utama yang tak mampu beliau hindari hingga saat ini. (Baca apa kata 3 Hakim ketika perbicaraan Liwat Pemandunya, Azizan)

Kini, Anwar tanpa berlengah panjang, menyahut cabaran ramai orang untuk tampilkan barisan Kabinet beliau. Beliau dilihat terpaksa segerakan walaupun belum masanya kerana bimbang asakan dari Pas yang terlalu inginkan Hj Hadi jadi Perdana Menteri.

"Senarai" Kabinet ini dah mula tersebar, baik di kedai kopi maupun di pejabat-pejabat cawangan parti KeAdilan Rakyat di seluruh Malaysia. Malah MI terjumpa senarai kabinet ini dalam akhbar rasmi Pas, Harakah semalam. Malah sedang rancak disebarkan dalam beberapa blog pro Anwar dan dalam medium Facebook juga mula dicanang oleh pasukan siber Anwar. Mereka agak tertekan dan terpaksa tangkap muat beberapa nama pemimpin dari pakatan haram mereka walaupun rakyat tahu sipolan dan sianu tidak layak langsung.

Part I ini bakal kita renungkan bersama bagaimana Anwar terus menerus tanpa GAGAL mengheret anak dan isterinya, Wan Azizah bersama dalam senarai Kabinet dan meletakkan keduanya sebagai Menteri dan bukannya Timbalan Menteri atau yang terbaik adalah hanya wakil rakyat biasa atau yang teramat sesuai lupakan saja KRONI dalam perjuangan yang kononnya BERSIH !

Bila ditanya oleh wartawan dalam siaran TV luar negara tentang amalan Nepotisma dan Kronisma, Anwar mudah saja menuduh UMNO BN yang amalkan kedua amalan keji dan hina ini. Bila wartawan mengasaknya dengan menyebut nama Wan Azizh ketika itu, Anwar menepis dengan mengatakan ketika itu beliau dalam penjara dan Wan Azizah hanya gantikan tempatnya buat sementara.

Apa yang rakyat Malaysia lihat dan dengar setelah beliau keluar dari penjara ? sebuah karya pembohongan yang maha dasyat. Bukan setakat Anwar tidak rehatkan Wan azizah dari jadi boneka tapi menambah seorang lagi zuriat beliau, anak perempuannya yang tiada asas sedikitpun dalam politik Malaysia. Bermula dari Ahli Parlimen, kini dalam senarai kabinetnya, Anwar letak Nurul Izzah sebagai Menteri penting, Menteri Wilayah.

Wan Azizah di letakkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, nak jaga portfolio apa rumahtangga pun Wan Azizah GAGAL sepenuhnya, inikan pula nak berkhidmat kepada negara. Semasa jadi Presiden parti milik penuh keluarganya pun Wan Azizah tidak pernah turun padang menjenguk rakyat. Kalau turun ceramah pun hanya ligat semasa terpaksa pertahankan PEMBOHONGAN suami dalam kes melanggan pelacur dari China dan nampakkan sibuknya di balai polis dan mahkamah mengiring Anwar kononnya nak perlihatkan betapa beliau setia bersama suami walhal beliau terpaksa dan dipaksa.

Belum lagi kitaimbas kembali prestasi Wan Azizah semasa beliau menjadi Ahli Parlimen 'ganti' suami dalam penjara. Apa yang Wan Azizah buat untuk pengundi beliau? MI ada dengar Wan Azizah hanya goyang kaki di rumah jaga anak sahaja. Layak kah beliau dan anak perempuan Anwar menjadi Menteri penting untuk bangunkan negara ?

MI mengajak anda semua melihat sendiri setiap muka yang diletakkan dalam senarai kabinet Anwar ini ? Ada muka yang anda kenal, ada yang anda tak pernah nampak, ada yang punya rekod amat buruk terutamanya rekod moral peribadi, ada yang hanya SRP/PMR, ada yang SPM tak lulus walaupun ambil lebih dari sekali, ada yang tak habis belajar walaupun Diploma dan yang sedihnya, ada yang tiada apa-apa dan Anwar meletaknya dalam barisan Kabinet hanya untuk dijadikan lembu, untuk disebat.

Wakil Pas, wakil Dap, orang yang beliau berjanji dari seluruh Malaysia dan siapa saja yang beliau rasa boleh dijadikan lembu maka itulah orangnya.

Anwar terpaksa ketepikan bangsa India dan meletak wakil Sabah sebagai TPM yang ke tiga, Lajim Ukin nampaknya terpaksa diketepikan kerana terpaksa bagi laluan kepada Lim Guan Eng untk jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua atau setaraf dengan Hadi Awang.

Anak Nik Aziz terpaksa diketepikan, anak Karpal juga sebagai Menteri Utama dan anak Hadi Awang juga terpaksa diketepikan dari senarai kabinet ini.

Azmin Ali dilihat duduk sama rendah dengan Rafizi, begitu juga Teresa Kok terpaksa menelan pahit kerana hanya setanding dengan Ratu Bogel Ellizabeth Wong. Cita-cita Husam dari Pas Kelantan untuk menjadi Menteri tercapai kerana hanya beliau sahaja wakil Nik Aziz yang tersenarai.

Anwar bagaikan terpaksa akur meletak orang yang buat huru hara atas nama pelbagai NGO sebagai janji beliau. Presiden Bersih, Ambiga dan juga wakil kumpulan Anti Lynas, Kumpulan Pengacau dan Perosak FELDA dan beberapa NGO lain termasuk kumpulan LGBT, semuanya Anwar sumbat dalam kabinetnya yang dilihat bakal hancurkan Malaysia dalam hanya tak sampai 2 bulan.

Seluruh orang penting Dap juga terpaksa Anwar bagi laluan bimbang beliau tidak dapat sokongan dan rahsia besar beliau terbongkar dan wakil Pas hanyalah beberapa orang sahaja kerana beliau dari awal sudah menguasai Pas melalui kumpulan anwarinas yang diketuai oleh Mat Sabu. Hadiah khas untuk Mat Sabu walaupun seluruh rakyat Malaysia tahu siapa Mat Sabu dan apa kelulusan Mat Sabu tapi sebagai mengenang jasa Mat Sabu hancurkan Pas dari dalam maka Anwar tidak lupakan Mat Sabu, jawatan Timbalan Menteri sebagai habuan.

Malaysia bakal hancur, rakyat bakal merana dan segalanya bakal berkecai sebaik saja pakatan haram memerintah Malaysia. 

Bersambung Part II ; Mahfuz dan Mat Sabu tertipu





5 Komen:

Artikel Popular

KOleksi KArtun POlitik

MyNewsHub

Blog Serius - Serius Beb!

Layar Berita - Google

Loading...

Dari Bilik Berita

Loading...