Portal Berita Online Paling Hot!!!!

Home » » Najib Mampu Satukan Fatah & Hamas

Najib Mampu Satukan Fatah & Hamas

Written By Semut Pink on 24 Januari 2013 | 10:00 PG


Tercatat dalam sejarah negara kita, sejarah manis Malaysia yang mana Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd Razak adalah Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejak kaki di bumi Palestine setelah sekian lama "Suara Malaysia" berkumandang inginkan kedamaian wujud di sana.

Dari Mesir, setelah bertemu rakan sejawatnya,PM Morsi, PM Najib terus ke Gazza untuk bertemu PM Palestine, Ismail Hanayeh.

Kesungguhan Malaysia tentang isu perdamaian antara dua kumpulan besar yang inginkan kemerdekaan Palestine, Hamas dan Fatah amat konsisten. Ianya bukan satu jalan mudah ianya bukan setakat melibatkan masa yang agak lama malah melibatkan pertumpahan darah antara dua kumpulan ini yang dilihat seolah-olah tidak berpenghujung.

Kemelut Tebing Barat di lihat pada mulanya terlalu sukar untuk diselesaikan, masalah penaklukan Israel dan juga masalah dalaman antara dua kumpulan yang bertelingkah sesama sendiri, Hamas dan Fatah.

Usaha demi usaha datang dari Kerajaan Malaysia sendiri akhirnya sudah nampak sinar kedamaian bakal lebih konkrit hasil tanpa jemu Kerajaan BN terhadap saudara sesama Islam walau di mana berada, walau di negara mana sekalipun.

Bukan niat Kerajaan Malaysia hendak campurtangan dalam urusan pentadbiran negara lain, namun bila menggalas tanggungjawab sebagai perantara atau 'orang tengah' maka Malaysia sentiasa akan mengambil langkah proaktif serta serius agar segala kemelut dapat diselesaikan tanpa ketegangan itu berlanjutan, Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mampu bertindak bukan saja sebagai 'orang tengah' malah lebih jauh, sebagai kordinator keamanan sejagat.

Kini dalam gelanggang Kordinator pengaman dunia Islam, Malaysia muncul sebagai negara pertama yang mendamaikan dua pihak yang berlainan kefahaman agama, Islam dan Kristian Filipina. Konflik Islam Bangsamoro yang tertindas sekian lama di Mindanao akhirnya selesai di meja rundingan dan MILF mendapat apa yang mereka inginkan selama ini, wilayah istimewa umat Islam Selatan Mindanao di bawah pentadbiran mereka sendiri dengan kerjasama pihak pemerintahan pusat Filipina.

Sikap PM Najib yang dilihat amat peka kepada isu ummat Islam serantau dipuji oleh seluruh negara Islam samada dari dunia Islam sebelah benua Arab maupun di mana sahaja. Bukan setakat bantuan kemanusiaan yang disumbangkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato' Najib secara berterusan ke Palestine malah kesungguhan beliau ke Gazza untuk bertemu sendiri dengan kepimpinan Hamas dan Fatah dilihat sebagai satu usaha pengukuhan jambatan silaturrahim atara dua kumpulan besar tersebut.

Kesungguhan PM Najib diakui sendiri oleh pemimpin Hamas dan Fatah dan mereka beranggapan kejayaan PM Najib dalam usaha di Selatan Mindanao adalah bukti kemampuan PM Najib sebagai Kordinator Penyatuan Ummat Islam Dunia.

PM Palestine melahirkan rasa terharunya bila mengetahui jadual ketat Dato' Najib malah Ismail Hanayeh terkejut kerana disaat Malaysia di ambang Pilihanraya Umum ke 13, PM Najib masih mampu datang dan meletakkan KEAMANAN SEJAGAT UMMAT ISLAM lebih penting dari segalanya. Beliau berterima kasih dengan PM NAjib dan berjanji akan bekerjasama erat dengan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato' Najib.

Ismail Hanayeh tidak putus-putus mengucapkan terima kasih pada PM Najib kerana bantuan kemanusiaan yang Malaysia hantar bukan sekadar ubat-ubatan dan makanan serta keperluan lain namun Malaysia turut menghantar pakar perubatan bersama.

Syabas dan tahniah MI ucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia serta Isteri beliau dan juga rombongan yang hadir kerana mengharukan nama Malaysia di mata dunia.

Share this article :

Tiada ulasan:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA INSTINCT - PORTAL BERITA ONLINE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...