19 Januari 2013



Sokongan yang tidak berbelah bagi kepada suaminya yang akan dibicarakan berkaitan kesalahan dadah sanggup menemani si suami walaupun beliau sedang menunggu hari untuk bersalin. 

Takdir tuhan mengatasi segalanya, Shahidawati yang sedang berada di bangku luar mahkamah tiba-tiba terasa sakit hendak melahirkan. Beliau menangis menahan kesakitan. Adegan menyayat hati itu telah disedari oleh pekerja pembersihan dan mendapati kepala bayi telah pun keluar separuh.


Pekerja tersebut terus meminta bantuan kakitangan mahkamah dan juga polis. Orang ramai yang membantunya membentuk satu bulatan di sekeliling Shahidawati sebagai tabir. Bayi tersebut selamat dilahirkan pada pukul 10.45 yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah.

Pendaftar mahkamah, Monica berkata ini adalah kelahiran bersejarah dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Tertuduh yang juga suami Shahidawati tidak dapat menahan sebak lalu menangis apabila melihat isterinya melahirkan anak keempat mereka dalam keadaan begitu.

Beliau berjanji akan mengubah cara hidupnya untuk tidak lagi melibatkan diri dengan dadah serta bersetuju untuk menamakan anaknya dengan nama Muhammad Ariff Hakim.

MI...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kelahiran anaknya itu berjaya meruntun hatinya dan berjanji untuk berubah. Semoga si suami kuat dalam menempuh hidup yang baru.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!