31 Januari 2013


Nampak amat ketara kebimbangan di raut wajah pemimpin pakatan haram bila PM Najib tiba di Gazza. Pakatan Haram mula terpukul. Mereka rasa terhina tahap paling sadis. apa taknya, rakyat sudah nampak jelas apa sumbangan mereka pada Islam serantau.

Kerja pakatan haram hanya berceramah, menjual nama kesedihan Gazza dan pungut derma untuk di hantar ke sana. MI tak berani nak tuduh, duit itu sampai atau sebaliknya. Jejak kaki ke sana takut mati, cerita atas pentas ceramah bab SYAHID. Lakonan semuanya.

Terkejut mereka bila PM Najib dan isteri menjejak kaki di bumi yang banyak mengorbankan syuhada tulin, bukan syuhada politik.

Dalam keadaan yang masih trauma, Wan Azizah keluarkan kenyataan bahawa wakil Hamas bakal datang berjumpa mereka sekadar untuk ucap HELLO dan akhirnya memakan diri kerana salah seorang nama yang dijual sudah lama meninggal dunia. Nampak sangat kepekaan seorang Presiden parti terhadap politik luar negara di tahap mana.

MI harap Wan Azizah baca ini sebelum "menjual" nama untuk mencari nama !
Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. 
Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. 
Pada 17 April ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. 
Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” 
Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. 
Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.
“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” 
Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi.
Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. 
“Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. 
Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.
Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. 
Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.
Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. 
Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin danas-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. 
Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 orang pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. 
Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. 
Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?
Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. 
Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. 
Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”
As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.

Baca di SUMBER dan anda akan tahu Wan Azizah tertipu
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!