8 Januari 2013




Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

MI pernah menulis artikel remaja ini beberapa hari yang lalu di SINI

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

“Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum,” katanya. 



- SH
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!