19 Januari 2013


Datuk Dr Sidek Baba yang berucap sempena Seminar Nusantara: Cabaran Islam Di Asia Tenggara, di PWTC malam tadi, menyeru kepada seluruh umat Islam agar mencari satu titik temu dan bukannya titik perpisahan yang dapat menyatukan umat Islam. Ini kerana cabaran yang dihadapi umat Islam di Asia Tenggara khasnya dan dunia amnya sedang  berdepan dengan cabaran yang meruncing dan getir.

Sebenarnya dikalangan umat Islam walaupun berlainan parti politik, namun persamaannya amat banyak jika hendak dibandingkan perbezaan. Muzakarah adalah jalan terbaik ke arah penyatuan. Bukannya mengambil jalan mudah menuding satu pihak sebagai itu dan ini.


Sebagai umat Islam, ilmu dunia juga sama pentingnya dengan ilmu akhirat. Jika tidak berimbang antara keduanya akan menyebabkan kepincangan dalam pemerintahan. Perkembangan teknologi tinggi (hi tech) perlu diimbangi dengan sentuhan keinsanan (hi touch). 

Banyak negara Islam yang lebih menitikberatkan diniah iaitu kerohanian atau spiritual, tapi gagal dalam mengurus sistem yang dianugerahkan oleh Allah. Contohnya, Sudan yang dianugerahkan dengan limpahan minyak tapi gagal menguruskannya dan terpaksa bergantung kepada teknologi bangsa asing. Ini berlaku kerana mereka hanya mementingkan diniah semata-mata.


Dalam senario politik yang melanda negara sekarang ini, nyata parti yang memperjuangkan Islam amat payah untuk menyantuni golongan umara tapi amat hebat dari apabila membidas. Kalimah Allah yang cuba diperjuangkan oleh pihak kristian untuk digunakan dalam bible mereka hanya dipandang remeh, takut dan membisu. Pemimpin parti ini meletakkan faktor kuasa melebihi faktor syarak. 

Golongan pemimpin ini tidak bijaksana dalam memainkan peranannya dengan pihak pemerintah...mereka hanya golongan bijaksini iaitu satu golongan yang hanya taksub tentang kehebatan diri sendiri dan melihat semua orang adalah tidak betul. Mereka merupakan sekumpulan manusia yang tidak tahu berterima kasih atas nikmat yang ada, sedangkan selama ini mereka menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Jika sekarang tidak pandai mengucapkan terima kasih...jangan diharap kelak sesudah menjadi pemimpin orang lain akan berterima kasih kepada kita.

Akhirnya, insyaallah sebuah Universiti Al-Quran Malaysia akan ditubuhkan demi memantapkan modal insan dan tadbir urus sistem yang lebih diredhai.   
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!