31 Januari 2013


Jauh direnung bulan di awan
Punggok di bumi sepi sendirian
Kasihku satu pada mu puan
Derita rindu tidak tertahan

Deru angin yang baru reda, kembali bertiup kencang membadai lagi keheningan istana Brunei. Bermulanya ceritera bakal tuan permaisuri terus disajikan kemewahan demi kemewahan walaupun belum pasti adakah sang Raja akan menyuntingnya sebagai penyeri.

Duka nestapa bekas isteri lama masih terasa. Tambah pedih tatkala mendapat tahu rakan karib bakal mengisi kekosongan yang ada. Bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora, begitu juga dirinya yang tak lekang dari salah dan dosa. Akur dengan kesilapan yang dilakukan malah hukuman telah pun diterima. Namun darah yang mengalir di tubuh anak-anaknya juga adalah darahnya. Mengapa hukuman tak pernah padam. Mengapa harus dijauhkan hubungan kasih seorang ibu dengan anaknya dengan cara yang halus.

Ketika hati bekas isteri terus berkecamuk, sang Raja lena dibuai cinta lama yang kini makin berbunga-bunga di jiwa. Perkhabaran yang dibisikkan ditelinga, bakal permaisuri bersama-sama sang Raja bersantap mewah dan penuh romantik di kota metropolitan, London. Kembang kuncup, kembang kuncup hidung bakal permaisuri menerima penghormatan sedemikian rupa. Penghormatan yang tak pernah diterimanya selama menjadi isteri tercinta seorang aristokrat ternama. Bukan hanya bersantap kosong, disajikan pula dengan hadiah yang tak ternilai membuatkan bakal permaisuri terkedu dan meronta-ronta meminta agar disunting dengan kadar segera.

Benarlah keluhan yang didengar dari pihak bekas suami bakal permaisuri, beliau memang gilakan harta. Perkahwinan pertamanya bukanlah dengan orang sebarangan, bak kata orang apa yang kita mimpi esoknya boleh di realitikan. Bahagia bukan matlamat mendirikan gerbang hidup bersama, namun banyak mana harta yang boleh dikumpul selagi hayat dikandung badan.


Derhaka kepada suami tidaklah dosa. Maka tinggallah suami...tinggallah anak...tinggallah saudara demi gerbang mahligai yang lebih indah menanti di sana.

Wahai sang Raja yang bijaksana, jernihkanlah kekeruhan yang melanda. Patik, pacal yang kecil sekadar ingin penjelasan, apakah benar santapan mewah di kota London bersama bakal permaisuri, juga merupakan acara melamar gaya mat saleh?. Apakah benar kasih ibu dan anaknya hendak dipisahkan? 

Moga penjelasan dari istana Brunei kelak menjawab teka teki yang bermain selama ini. 



10 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

10 Komen:

  1. Assalamualaikum....saya dengan segala rendah hati memohon saudara penulis menghubungi saya-norjuma habib 0176963325 atau email ke juma@aidijuma.com.terima kasih.

    BalasPadam
  2. artikel ini...artikel berbayar seperti bayaran untuk menukar dari SD1 ke SD 2....

    BalasPadam
  3. dato nazim razak diner dengan siapa pula di london selama ini....dan apakah yang dilakukan oleh dato nazim setiap tahun sekurang kurang nya dua kali terbang ke paris....menyulam cinta...mungkin kah izana dato saleh?atau siapa sahaja yang boleh ditempah pakai...maklumlah golongan keluarga pertama di malaysia di saat ini....apatah lagi adinda kesayangan her majesty....

    BalasPadam
  4. wahai si penulis ceritera..benarkah suatu ketika dahulu orang no 1 di bumi ini, berkahwin dgn wanita "tercinta" sebelum melepaskan si isteri yang setia...dan apakah lawatan2 ke negara eropah ketika itu sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada acara melamar secara barat....si penulis tentu arif akan hal ini...moga jawapan daripada saudara menjawab teka teki yang bermain selama ini......

    BalasPadam
  5. saudara/saudari penulis, yang komentar di atas itu adalah Norjuma sebenar.. terima kasih.

    BalasPadam
  6. Bkn ke juma nak kahwin dgn sultan brunei

    BalasPadam
  7. Betul k,juma dah cerai dgn dato n?

    BalasPadam
  8. Info dari opis dt n..confirm sudah cerai akhir tahun lepas..

    BalasPadam
  9. Fuhhhh...patutlah org cerita, si j*** ni banyak kali dtg rumah dt n buat kacau...kalau betullah si j*** mmg x malu... Kalau nak dtg, datanglah cara baik org pun paham dia ada ank2 kat sana. X perlu mnjerit mcm org gila talak.

    BalasPadam
  10. apa2pun.. kisah rumahtangga dia org jer yg tau.. kita mana tau entah2 suami dia yg penah sakitkan hati NJ. penerimaan sorang2 manalah sama.. jgn menuduh sebarangan. entah2 laki dia pun dah xnak kat dia.. laki dia pun mmg ada background kaki pompuan jugak dulu.. ingatx normala s mak dia yg xsuka so xjd kawin. tapi NJ mak dia suka, entah2 laki dia yg xminat sgt nak kawin dgn NJ nih mak dia yg suka sgt... so kita biarlah cita dia org nih.. baca2 ajer xperlah...

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!