5 Februari 2013



Sutradara dan pelakon filem India Kamal Hassan, kini lega. Filem penyiasat yang diarahnya tidak lagi menyinggung penganut agama Islam. Filem beliau mendapat tentangan umat Islam India kerana ada beberapa agenda menyinggung sentimen agama.

Mujur filemnya yang bertajuk 'Vishwaroopam' sempat dilarang tayangannya sebelum terjadi insiden ketegangan agama yang tidak diingini.

Laporan media India menyebutkan Hassan dan para pemimpin Muslim telah sepakat untuk membuang adegan yang menjadi tentangan. Organisasi-organisasi Islam telah berjanji untuk membatalkan protes terhadap filem dan menarik kes undang-undang yang mereka ajukan terhadap pengeluar filem.

Filem tersebut telah terlepas saringan pihak penapis filem India sebelum kelompok-kelompok Muslim menyatakan bantahan. Keputusan kerajaan Tamil Nadu untuk melarang filem tersebut dilakukan berikutan langkah yang sama di Sri Lanka dan Malaysia.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!