27 Februari 2013



ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.

Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.

Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.

Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?

3 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

3 Komen:

  1. Kalau saya kata saya sendiri lihat puluhan kereta kereta baru dan mahal yang di parkir di tepi tepi jalan di kuala lumpur, orang akan kata apa hal nya ,dah biasa orang bandar mewah dengan kenderaan sebab mereka mengunakan subsidi petrol disel gula tepong beras minyak masak, dan dapat macam khidmat bersubsidi saperti hospital sekolah dan ipta dan jumlah nya sehingga 60 billion setahun.Anak orang indon pun dapat bantuan 100 Rm .
    Tetapi tuan punya kereta kereta itu ada lah orang bandar yang tinggal di bandar.
    Dan saya anggar kan tuan tuan punya kereta kereta itu sudah mendapat pendapatan lebih dari 3000rm.
    Saya cadang saringan dan tapisan LHDN sudah di bocori dan saya yakin ramai sungguh orang bandar yang dapat BRIM sudah melebihi pendapatan 3000rm, kerana mereka memang terlibat dengan perniagaan yang tidak di daftar dan mereka tidak membayar epf dan merka tidak ada rekod di LHDN kerana lari cukaii( tax evaision), underground business.
    Maka saya berpendapat bahawa Nik aziz dan Hadi tidak tepat.
    Sebenar ramai penerima 500rm adalah terdiri dari orang bandar (bukan haiwan atau bodoh) yang bijak kerana mampu tutup dan sembunyi hasil dan pendapatan dan harta dari pengetahuan LHDN.
    Adakah LHDN sudah selesa mungutip 124 billion rm dari cukai pendapatan ?
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam
  2. PAS pula bantuan apa yg mereka beri kpda rakyat.??

    BalasPadam
  3. Jenis bodo x leh nak ajar penulis ni. Org bagi kiasan sja. Bagai angin dgn kucing. Lu memang anjing!

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!