8 Februari 2013



Menangis bagi seorang manusia lebih kompleks berbanding makhluk lain. Kadang-kadang, ada emosi yang terlibat di dalamnya. Manusia, menitiskan air mata sebagai tanda suka, marah, dan pelbagai macam emosi yang lain. Namun, yang sering berlaku air mata itu mencerminkan kesedihan.

Menurut Profesor Trimble dari Universiti College London Institute Neurology, fenomena menangis pada manusia bersifat komunikasi unik. Sehingga ia tertarik untuk menyelidikinya. "Manusia menangis kerana pelbagai alasan," katanya.

Profesor Trimble, telah menulis sebuah buku baru 'Why Humans Like To Cry', yang menjelaskan misteri mengapa manusia merupakan satu-satunya makhluk yang menitiskan air mata kerana pengaruh emosi. Ia berharap, bahawa karyanya tersebut akan memberikan banyak maklumat kepada orang lain.


Profesor berkata, menangis adalah respon semula jadi terhadap perasaan bukan saja menderita, tetapi juga merasakan kasih sayang orang lain. Dia percaya, bahawa munculnya tangisan emosi yang berhubung dengan kesedaran diri dan pembangunan teori fikir. Hal tersebut menyebabkan kesedaran bahawa diri dan orang lain boleh menderita, merasakan sedih, dan kehilangan.

Secara biologi, air mata berkhasiat untuk menjaga bola mata agar tetap lembab dan mengandung protein dan zat lain. Ini digunakan supaya bola mata tetap sihat dan untuk melawan jangkitan kuman.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!

Namecheap