21 Mac 2013


Begitu ramai peminat-peminat Tian Chua, pencetus filem drama 'Lahad Datu the movie' yang mendapat sambutan pecah panggung.

Begitu ramai yang teruja, membakar gambar, memijak-mijak gambar, perarakan dengan kain rentang di seluruh negara.


Sambutan luar biasa yang mencerca, mengherdik Tian Chua atas sikap biadab dan celupar menuduh kerajaan Umno merancang pencerobohan Lahad Datu sebagai 'diversion' kepada permasalahan negara.

Kerajaan perlu buktikan pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dari MNLF ada kaitan dengan pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu'. Jika akhbar Filipina sendiri membocorkan cerita persekongkolan ini, biarlah Tian Chua tersentak dari lena bahawa rupanya semua ini bukan sandiwara tetapi betul-betul berlaku di alam realiti.

Penulis suka hendak membicarakan skrip drama lima orang jeneral yang terjebak dengan politik Anwar Ibrahim. Sekadar lima orang? tetapi penulis lihat berpuluh-puluh bekas jeneral yang hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri. Mengagumkan. Penulis pasti jeneral-jeneral yang sedang berkhidmat dan segala anggotanya tentu bersama-sama dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

5 jeneral lapuk itu sudah ketinggalan zaman memilih pemimpin politik yang sudah out dated dan expired.

Bagaimana 5 jeneral yang diasuh, diajar dengan displin dan doktrin ketenteraan boleh memilih seorang pemimpin yang didakwa terlibat dengan skandal-skandal sebagimana yang dipaparkan di media dan sahabat-sahabat karibnya.

Pemimpin itu mempersoalkan command structure ATM sedangkan struktur kuasa PKR sendiri kucar kacir. Siapa yang berkuasa dalam partinya, penasihat atau Presidennya? Tetapi itu yang berlaku dalam PKR.

Bagaimana 5 jeneral itu boleh terpikat dan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim?

Adakah mereka pernah bersama-sama dengan Anwar semasa beliau menjadi TPM dahulu?

Mereka tentu mempunyai intelligence tetapi 5 jeneral ini tidak cukup inteligent atau kebijaksanaan. Jeneral yang bijak boleh berfikir secara strategik  dan taktikal akan satu-satu situasi. Jeneral mungkin bekas profesional soldiers tetapi bukan profesional politicians. Dalam situasi sebegini akan kelihatan kebodohan jeneral-jeneral tersebut. Apakah agaknya yang dijanjikan oleh PKR kepada 5 jeneral itu? Kedudukan, pangkat, jawatan Menteri Pertahanan, bisnes dan sebagainya.

Jeneral-jeneral ini rupa-rupanya ada cita-cita politik dan ingi  berkuasa. Alhamdullilah mereka menunjukkan belang selepas bersara. Apalah akan terjadi jika jeneral-jeneral yang dahaga dan lapar kuasa ini masih berkhidmat dan membawa anak-anak buah mereka menentang kerajaan dengan cara rampasan kuasa.

Kita minta kerajaan berhati-hati dan selidik jika mereka membocorkan rahsia kerajaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Gunakan OSA.

Ketika lawatan ke Indonesia, penulis sempat melawat tugu peringatan tujuh jeneral TNI yang diculik, diseksa dan dibunuh dalam insiden Lubang Buaya ketika rampasan kuasa PKI.

Memang cukup menyayat hati tetapi apa yang lebih penting ialah pelajaran yang perlu kita hayati daripada peristiwa Lubang Buaya ini.

Lima jeneral bersara ini sedarlah bahawa kedaulatan negara lebih penting dan utama daripada pentas politik yang belum menjanjikan apa-apa kepada anda semua.

Kepada rakyat semua, veteran dan bekas tentera anggaplah mereka 5 jeneral humpty dumpty. Kita semua masih ingat lagu kanak-kanak tentang humpty dumpty ini.

'Humpty dumpty sat on the wall, humpty dumpty had a great fall, all king's horses and all the king's men couldn't put humpty togenther again'


Kalau dalam cerita rakyat Melayu bolehlah kita anggap anggota jeneral-jeneral ini sebagai si luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan, biarkan.

Veteran dan bekas tentera marah kepada jeneral ini sebagaimana yang terpapar di media massa kebelakangan ini. Penulis ingin sarankan kita tidak perlu doktrin tentera untuk serang balas jeneral-jeneral ini.

Apa kata kita guna doktrin awam iaitu PRU13. Semua rakyat, tentera, veteran dan bekas tentera jangan mengundi PR. Kita biarkan luncai terjun dan humpty dumpty jatuh datri temboknya. Kita tolak parti politik yang boleh menjahanamkan negara Malaysia - Omar Ali


2 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

2 Komen:

  1. lu le bangang, dia ada juga berani berkhidmat sebagai tentera malaysia lu telor aje simpan lu jumpa dgn anak2 buah komando dia ni mahu kencing dlm seluaar,yg berkhidmat dgn dia aje tahu dia mcm mana, tiafda seorg lg pun menafi kan apa jeneral ghafir ckp..

    BalasPadam
  2. Sapa si ghafir ni..... tak pernah dgrpun. Dok dlm pkr baru nama glamer sikit ....... tapi glamer mcm hampas

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!