Rabu, 27 Mac 2013



Semalam dalam sidang media di pejabat PKR Tropicana, tiba-tiba saja Saifuddin Nasution buat kejutan kononnya beliau telah melihat sendiri 'video rakaman aksi seks Nurul Izzah'.

MI difahamkan Saifuddin melihat aksi yang kononnya pelaku dalam video tersebut wajahnya mirip Nurul Izzah, ketika isu ini dilontarkan semua media mula memandang antara satu sama lain. MI pun hadir sama dalam sidang tersebut. 

Bagi MI, Saifuddin cuba bermain api, nampak jelas strategi yang cuba dibuat agar rakyat marah dengan UMNO BN kerana asyik timbulkan isu fitnah terhadap pemimpin mereka. Saifuddin lupa, cerita rekaan beliau bakal memakan dirinya yang berjawatan Setiausaha parti Anwar.

MI ketika itu menunggu Saifuddin bercerita dengan terperinci adengan 'Nurul Izzah' dengan pensyarah universiti tersebut. Agak gugup Saifuddin bila cuba merekayasa kononnya beliau tengok klip video seks tersebut di dalam kereta bersama rakannya yang lain dan 'agen' yang kononnya ada video tersebut. Rupanya Saifuddin hanya bercerita adengan beliau melihat video, bukan menceritakan apa isi kandungan atau jalan cerita yang ada dalam rakaman video tersebut.

Sepatutnya Saifuddin berceritalah sedikit atau bagi 'clue' tentang kandungan video seks yang kononnya pelakon yang wajahnya mirip Nurul Izzah supaya bila keluar saja video seks tersebut maka segala cerita dari mulut busuk Saifuddin terbukti kebenarannya.

Tidak perlulah Saifuddin ceritakan aksi 'mata pedang masuk ke sarung', cukuplah ceritakan aksi seks itu dirakam di mana ? Dalam kelas selepas kuliah atau dalam bilik hotel seperti Hilton atau mana-mana bilik ?

Apakah aksi seks yang dikatakan Nurul Izzah itu berlaku pada waktu malam atau petang ?

Apakah aksi seks tersebut berlaku dengan berpakaian lengkap atau separuh bogel ?

Apakah aksi seks itu berlaku di atas meja pensyarah atau meja pelajar atau di sebalik pintu masuk kelas ?

Siapakah atau bangsa apakah Pensyarah tersebut ? Kalau dulu heboh seketika mengatakan pensyarah tersebut berbangsa Inggeris ketika Nurul Izzah belajar di luar negara atau Pensyarah tersebut adalah berbangsa Cina atau Melayu atau Benggali ketika Nurul belajar di Malaysia ?

Apa sebenarnya strategi Saifuddin ?

- Gambar sekadar hiasan



2 Komen:

KOleksi KArtun POlitik

MyNewsHub

Blog Serius - Serius Beb!

Layar Berita - Google

Loading...

Dari Bilik Berita

Loading...