3 April 2013

Jeneral Frust Jadi Calon Kecewakan Hati Wanita



Bulan lepas (Mac) menyaksikan beberapa orang jeneral Malaysia yang kecewa...yang selama ini makan gaji dengan kerajaan...ada yang sanggup jual alat ganti kelengkapan tentera, mengumumkan menjadi calon sampai mati PKR.

Salah seorang dari beberapa jeneral yang kecewa itu telah menarik perhatian Anwar lantas diumumkan sebagai Jeneral Politik PKR. Sejurus perlantikan Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai Jeneral Politik PKR, beliau bersetuju mendedahkan sikap buruk kerajaan selama ini...katanya.

Fuh..hebat ucapan pertama yang datang dari seorang yang pernah ditaruhkan kepercayaan kepadanya menjaga keamanan, tiba-tiba mengatakan bersedia mendedahkan keburukan kerajaan.

Penulis ingin bertanya, kenapa perlu tunggu sehingga berpangkat Panglima Tentera Darat baru tahu semua keburukan itu? 

Tidakkah terlalu lama masa yang diambil oleh Md Hashim menghidu semua ini? 

Jika sudah tahu ada yang tidak kena dalam angkatan tentera, berhentilah awal, bagi peluang pada orang lain untuk menjawat Panglima Tentera Darat pula.


Penulis dapat mengagak permainan apakah yang sedang dimainkan oleh Md Hashim. Md Hashim sebenarnya sedang menanti-nanti untuk memegang tampok tertinggi dalam angkatan tentera...Panglima Angkatan Tentera.

Tapi Md Hashim kecewa apabila tahun berkenaan Yang Dipertuan Agong memperkenalkan penggiliran diantara ketiga-tiga cabang ATM. Beliau yang merasakan dirinya layak menjadi Panglima Angkatan tentera (PAT) terkejut apabila diumumkan Laksamana Anuar yang dilantik menjadi PAT.

Bermula dari situlah rasa dendam Md Hashim pada kerajaan membuak-buak, hanya menunggu masa yang sesuai untuk diletupkan.

Kerajaan tidaklah seburuk yang disangka, Md Hashim telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan 2003-2006 selepas persaraannya. Benarlah kata orang, benih yang baik, jatuhlah dimana sahaja ia pasti tumbuh, tapi benih yang busuk, jatuh ditanah yang subur tetap tidak menjadi.

Itulah yang terjadi kepada Md Hashim sepanjang menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Banyak penyalahgunaan kuasa yang dilakukan dimana semuanya melibatkan kepentingan peribadi. Beliau menggunakan anak perempuannya sebagai orang tengah pemberian VISA dengan jalan mudah kepada rakyat Pakistan. 

Bayaran yang dikenakan tidak masuk akal dan semuanya masuk kedalam poket Md Hashim anak-beranak. Beliau yang kini tinggal bersama-sama anaknya kerana hubungan dengan isterinya sangat dingin. Begitu juga dengan kakitangan kedutaan Malaysia yang pernah berkhidmat dengannya porak peranda pentadbiran kedutaan Malaysia disana.

Semasa peristiwa Sauk, beliau bukanlah orang yang menyelesaikan kes tersebut. Beliau hanya menunjukkan muka setelah kes selesai. Dan kini Md Hashim cuba menempelak strategi yang digunakan pasukan keselamatan dalam menangani isu Lahad Datu. Apa yang beliau tahu pasal Lahad Datu dan strategi?

Dan semalam di Johor Bahru Anwar dengan bangganya mengumumkan Md Hashim sebagai calon PRU13 bagi kawasan Johor Bahru. Apa yang penting pencalonan beliau untuk bertanding memberikan 2 kesan berbeza.


Pertama, terang-terang Md Hashim akan kalah. Kedua, Anwar telah melukakan hati ketua cabang disana iaitu Tan Poh Lai yang telah 3 tahun bekerja keras untuk PKR dan mengharapkan Anwar mencalonkannya. Belum pun Anwar habis berucap, Tan telah meninggalkan majlis tersebut.

Penulis yang turut hadir disana sempat bertanyakan kepada orang kuat Tan, menurutnya Tan amat kecewa dan PKR bukanlah tempat yang sesuai untuknya bernaung lagi...apa maksudnya?