1 April 2013



Budaya samseng memang tidak boleh dipisahkan dari dasar perjuangan pakatan pembangkang. Umpama aur dengan tebing, saling perlu memerlukan. 

Mereka hebat bila berkata-kata tapi hancur dari segi pelaksanaan. Perjuangan yang kononnya atas konsep Malaysian Malaysia, sama rasa sama rata hanyalah retorik politik semata. 


Kesamsengan parti pembangkang seperti Dap dizahirkan baru-baru ini apabila mengupah kongsi gelap untuk memukul dan mencederakan bekas ahli Dap Taman Nesa malam semalam, Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam. 

Cerita bermula apabila mereka tidak puas hati dengan cara Dap Johor mengendalikan mesyuarat. Menurut mereka mesyuarat Dap dijalankan dalam bahasa cina yang tidak difahami oleh ahli yang berketurunan India.

Tambah memedihkan hati mereka ialah apabila Dap Johor menyatakan bahawa undi kaum India tidak diperlukan. Mereka merasakan kenyataan sebegitu terlalu melampau dan tidak boleh diterima dari seorang pemimpin yang melaungkan dasar sama rata.


Dap Cawangan Taman Nesa yang tidak lagi boleh bersabar dengan tindakan tersebut, telah meminta agar Karpal Singh campurtangan bagi menyelesaikan kemelut Dap di sana.

Tapi sayang Karpal tak berani berdepan dengan masalah yang sedang meluap-luap. Maklumlah diri sendiri pun tak sempurna (OKU), bagaimana hendak selesaikan masalah orang lain.

Terpaksalah Kit Siang turun padang seolah-olah beliau amat perihatin dengan isu yang melanda peringkat cawangan. Dan kebetulan pula Kit Siang semalam akan melancarkan Deklarasi Gelang Patah di Johor Bahru.

Kehadiran Kit Siang dilihat satu kesempatan kepada bekas ahli Dap Taman Nesa ini untuk berpiket. Kedua-dua mereka yang telah dipecat ini pada tanggapan Dap merupakan satu beban dan mencalarkan imej mereka.

Sudahlah dipecat tapi masih lagi hendak menunjukkan samseng dan rasa tak puas hati di depan pemimpin tertinggi Dap.

Oleh kerana sering membuat kacau dalam mana-mana persidangan atau konvesyen, Murugan dan Thulasi malam semalam menerima akibatnya apabila dipukul dan dibelasah dengan teruk oleh sekumpulan samseng upahan Dap. Satu laporan polis telah dibuat oleh mereka.


Itulah Dap sebuah parti yang hanya tahu bercakap tapi tak tahu buat. Sebuah parti yang tidak boleh ditegur dan diberi pandangan. 

Malanglah bagi sesiapa yang berani menegur dan memberi pandangan ikhlas cara-cara memajukan parti. Dan lebih malang lagi bagi sesiapa yang menyertai parti itu.

Bermula daripada kita menulis borang keahlian, bermakna kita sedang melangkah ke alam malang yang tidak bertepi.

Dap dan samsengnya, PKR dan seksnya manakala Pas dan fatwa sesatnya. Kesemua persamaan ini menunujukkan bahawa pakatan pembangkang merupakan pakatan songsang dimana masing-masing ada kejelekkannya yang mudah dihidu oleh rakyat.  
  
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!