4 April 2013





Celako betul puak-puak Pas yang kononnya turut simpati di atas kesusahan dan pengorbanan mereka yang terlibat dalam insiden Lahad Datu. 

Maaflah, penulis memang tak suka memaki hamun awal-awal lagi. Tapi nak buat macam mana, sedikit sebanyak terpengaruh juga dengan amalan songsang Nik Aziz yang gemar mencarut. 

Penulis marah sebab Pas hanya berpura-pura menunjukkan simpati dan ehsannya atas apa yang berlaku di Lahad Datu. Jika hendak menolong dan meringankan beban penduduk disana dan juga anggota keselamatan yang gugur, tolonglah dengan ikhlas. 

Sebagai rasa ingin kebersamaan dan turut serta dalam gerakan dan bantuan yang kerajaan lakukan, Pas telah melancarkan satu tabung khas untuk disumbangkan kepada mangsa Lahad Datu. 

Di situlah permainan Pas bermula. Pas melihat insiden di Lahad Datu sebagai peluang keemasan baginya mengumpulkan wang sebanyak yang mungkin, bukan untuk diagihkan ke Lahad Datu tapi masuk ke dalam poket sendiri.

Penulis mencuba ke bank yang telah ditentukan oleh Pas untuk sumbangan ikhlas secara online. Nyata, penyumbangnya ikhlas tapi Pas benar-benar tidak ikhlas. Setelah nombor akaun ditekan, terpampang di skrin bukanlah Tabung Lahad Datu seperti sangkaan penulis, tapi atas nama Parti Islam Semalaysia (Pas). 

Cuba bandingkan nombor akaun yang tertera di banner dengan nombor akaun di skrin. Samakan? Apa pulak alasan Pas kali ini. Pas akan kata, 'dengan menggunakan satu akaun memudahkan kami memantau duit sumbangan berkenaan'. Yolah tu...mudah memantau atau mudah melesapkan.

Chit..yanadey tambi. Apa ni mau tipu ka? Terkedu sebentar, ini untuk sumbangan mangsa Lahad Datu ke atau untuk Pas yang akan digunakan semasa kempen pilihan raya? 

Itulah Pas, yang tak pernah ikhlas dalam ucapan mahu pun amalan. Sentiasa mencari peluang dari kesusahan orang untuk dijadikan duit. Lihat saja bagaimana Pas melesapkan duit Tabung Memali yang sampai sekarang terus dipersoalkan. Itu sesama ahli Pas. Apalah sangat kematian anggota keselamatan yang terang-terang menyokong kerajaan.

Pada pandangan Pas, kematian adalah sesuatu yang boleh menghasilkan duit. Pas berpegang kepada motto, kematian adalah duit. Penulis yakin, kematian Nik Aziz kelak akan membuka lebih banyak ruang penipuan wang sumbangan dengan pelbagai alasan yang semuanya menjurus ke arah NIK AZIZ DAH MATI.

Namun bagi penyokong dan macai Pas itu semua bukan masalah yang besar. Apa sahaja penipuan yang dibuat oleh Pas tetap HALAL. Biarlah anak dan bini tak makan, asalkan duit tabung Pas penuh. Biarlah tidur berbumbungkan langit, asalkan pemimpin mereka selesa didalam banglo. Kerana kebahlolan macai Pas inilah, pemimpin mereka dengan senang buat duit, waima dengan ceramah yang tiada pengisian langsung, hanya sekadar memenuhi permintaan penganjur dan penuh dengan caci maki semata.



25 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

25 Komen:

  1. Aku saman korang 1 Juta dolar ! Puihh !

    BalasPadam
  2. aku bole edit la bende camni.. tok se la dok nipu org

    BalasPadam
  3. Kpd Tanpa Nama 4/05/2013,

    Apa kata kau cuba hantar RM10 guna Maybank2U, kau tengok/periksa apa "Account Holder Name" yg tertera dulu.

    Kau tau tuduh edit padahal kau tak cuba transfer duit ke akaun tu dulu. Tak cuba mana nak tau kebenaran, betul tak?

    Lepas tu terus kau tuduh edit ek? Tu la, Allah beri otak utk "siasat" & "fikir" tapi apa yg kau tau hanyalah "aku bole edit la bende camni.."

    BalasPadam
  4. akal diberikan oleh allah utk diguna kearah kebaikan bukan diguna utk membuat fitnah...

    BalasPadam
  5. tu lAqhh.. aq p0n bley edit laa.. umno nie mmang pon suka fitnah.. dh depa nk menang pstu mula la buat fitnah.. ish3.. insaf la sma.. sdah2 la tu d0k fitnah.. dosa bsarr..

    BalasPadam
  6. kan x baik menuduh tanpa bukti

    BalasPadam
  7. Taktaw nk pcaye yg mne?? Bole bgtaw lebih detail..takut nnti mnjd fitnh lak..

    BalasPadam
  8. Admin tak pernah jumpa TG Nik Aziz ni. Sebab tu tulis main lepas je.

    InsyaAllah dilembutkan hati beliau lepas pilihanraya nanti. Amin ya rabbal alamin.

    BalasPadam
  9. Cer amik gmbr kt mesin atm tu..cpt!!!ni senang2 je post..

    BalasPadam
  10. Masa Sekolah Rendah n menengah dulu memang aku ingat BN ni kerajaan yg baik.Tapi sekarang dah besar,boleh fikir mana baik dan yang mana buruk.boleh fikir yang mana betul-betul dan yang mana nak mempergunakan rakyat.Harap kau pun dapat hidayah macam tu jugak yerr.dan aku diajar dari kecil oleh ibubapa supaya menghormati ulama.
    dan kalau kita nak memihak kepada sesiapa tu.janganlah mengaibkan pihak lawan.kalau betul simpanlah..tapi kalau salah jadi fitnah yg dosanya lebih teruk dari membunuh. semoga dijauhkan. InsyaAllah kita sama2 ye.. huhu..just saying

    BalasPadam
  11. xnk tye ali ketam ke ape dia buat dengan duit zakat melaka????

    BalasPadam
  12. barua BN ke nih??? ke manusia yng lahir bawah batu?? sekolah ke x?? adess..balik mengaji byk2..jgn main lepas..tnjuk bukti la brader..takat main tulis..puih..dey cha..gadega..boro punya worang

    BalasPadam
  13. edit?aku pon boleh :3 /spit

    BalasPadam
  14. Nampak sangat macam buat-buat

    BalasPadam
  15. sape2 yg dok ckp edit..
    korang buktikan dgn duit korang sndiri..
    g try bank in kat akaun diorg...
    jgn dok ckp edit2 kalo xnmpk dpn btg idung sndiri...

    BalasPadam
  16. Boleh bagi link sahih mengenai banner ini? Ada tak disiarkan dimana-mana blog pembangkang. Sekadar mengesahkan.

    BalasPadam
  17. alah....lawak btol la post nih....tgk widget blog nie pown da taw da 'undilah BN'...terang2 da...plisss la keh....

    BalasPadam
  18. Nk org ramai undi bn camnilah caranya

    BalasPadam
  19. Apakah akibatnya menyebarkan fitnah dan bongkak? Saksikan Tanah Kubur (Musim 6) Episod 10, Jumaat, 7.30 malam di Astro Oasis (106)

    http://www.youtube.com/watch?v=S0CKeFakP9k

    BalasPadam
  20. pergilah test... jgn ckp jerr... tngok dulu pas tu baru nilai...

    BalasPadam
  21. dah sah2 admin pro BN , terang2 gambar najib kat penjuru kanan bawah tu suruh undi BN . tak payah terpengaruh , undi tu hak masing2 . dan admin takda hak nak menghasut , jangan percaya artikel ni . aku tak sokong BN pun aku hormat najib , takda buruk2 kan dia . kalau tak sokong pas pun , hormat la Nik Aziz . tak payah nak buruk2 kan dia

    BalasPadam
  22. Hm dia buat tu bukan sebab nak suruh undi BN. Tapi kita sebagai islam cuba berfikir sejenak. Perlu ke nak gaduh sesama islam sebab pilihan raya? Kita sepatutnya fikir masak-masak untuk pilih parti mana yang bagus untuk kita undi bagi memajukan negara kita. Walaupun saya masih budak sekolah saya dah dapat bezakan mana baik dan mana buruk. Pak cik-Pak cik/Mak cik-Mak cik fikirlah baik-baik. Janganlah bergaduh kerana parti. Kita semua islam. Islam tak mengajar kita bergaduh.

    BalasPadam
  23. dah terang² edit. .tak apa lar admin. .kalau betul pas yang buat semua tu. .biarlah mereka dengan allah. .kita tak ada hak untuk menilai seseorang itu. kita sesama islam tak kan nk gadoh kerana politik. .undi adalah hak masing². .

    BalasPadam
  24. salam....bukan nak menyokong mane2 pihak..
    tp ape yang admin post adalah benar dan bukan fitnah..sye da try..

    BalasPadam
  25. -_-
    all nonsense

    BalasPadam

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!