Rabu, 24 April 2013



Seperti musim yang lalu, juri MasterChef Selebirti Malaysia musim kedua, Chef Adu Amran akui terdapat perselisihan faham diantara peserta atau selebriti ketika program masakan musim kedua itu dijalankan.

Bagaimanapun Chef Adu berkata, ianya hanya perselisihan faham kecil dan menganggap perkara berkenaan normal dan sering berlaku kepada sesiapa saja yang menyertai program seperti itu.

"Bagi saya ianya normal. Perselisihan faham dan pergaduhan akan berlaku apabila seseorang manusia itu diletakan dalam satu kumpulan.

"Meskipun ada perselisihan faham dan pergaduhan ketika kami menjalani rakaman program ini, namun apa yang boleh saya katakan, pertelingkahan mereka tidaklah begitu besar sehinga tidak boleh dikawal.

"Malah, pergaduhan mereka tidaklah sebesar pergaduhan antara Raja Azmi dan Juliza Adlizan ketika musim pertama dulu.

"Peserta di musim kedua, hanya tidak puas hati dengan ketua kumpulan yang kami pilih apabila kadang-kadang dianggap seperti bossy dan sebagaianya," katanya kepada murai.com.my

Selain Chef Adu, juri lain yang menyertai Masterchef Selebriti 2 adalah Chef Johari dan Chef Zubir.


Manakala, barisan peserta yang menyertai program pertandingan realiti tersebut ialah Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang, Datuk Aznil Nawawi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Sementara itu, Chef Adu memberitahu, dia cukup seronok melihat pelbagai karakter menarik daripada selebriti kali ini, kerana mereka mempunyai semangat persahabatan yang kuat.

"Saya seronok, kerana kali ini selebritinya terdiri daripada mereka yang mempunyai karakter yang menarik dan riuh.

"Malah pada mulanya, mereka nampak seperti terlalu banyak main dan tidak serius.

"Namun selepas berlakunya penyingkiran kali pertama, barulah mereka sedar yang mereka di dalam pertandingan dan mula untuk bertanding.

"Bagaimanapun, kali ini penonton dan saya sendiri sukar untuk menjangka siapa yang mampu menjuarai program ini kerana masing-masing miliki kelebihan tersendiri," jelasnya lagi.

0 Komen:

Artikel Popular:

emoticonx ({ emoRange: "# comments p, div.emoWrap", putEmoAbove: 'iframe # comment-editor', topText: "Click to see the code!" emoMessage: "To insert an emoticon you must added at least one space before the code." });

Gadjet Terkini

KOleksi KArtun POlitik

MyNewsHub

Blog Serius - Serius Beb!

Loading...

Dari Bilik Berita:

Loading...