3 Mei 2013



Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui bahawa dia telah pun membuat laporan polis di balai polis Pudu, daerah Cheras pada petang semalam selepas mengetahui bahawa namanya telah disalahgunakan oleh pendatang baru dalam dunia lakonan, Adam Davin atau David Singh untuk tujuan dan kepentingan peribadi beliau.

Pendatang baru bernama Adam Davinyang juga seorang model bakal ditampilkan Raja Azmi dalam filem baru terbitannya, Anak Ikan arahan menantunya, Shadan Hashim dan ia bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi.

Namun, tanpa arahan dan pengetahuan Raja Azmi, Adam David dikatakan telah melakukan satu sesi uji bakat filem Anak Ikan di sebuah agensi modeling di Bandar Permaisuri, Kuala Lumpur pada 23 Mac lalu.

Kata Raja Azmi, dia sebenarnya berasa terkejut dan terkilan apabila ditipu serta dianiaya sebegitu, lebih-lebih lagi oleh seporang pendatang baru seperti Adam Davin.

"Sebelum ini, sudah banyak kali saya kena kena tipu dan kena aniaya. Tapi, saya selalu ambil langkah berhati-hati dan berjaga-jaga supaya perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.

"Saya juga sentiasa peka dengan keadaan serta orang yang berada di sekeliling saya kecuali yang benar-benar rapat. Tetapi, saya tidak sangka, ia akan berlaku jugak," katanya kepada murai.com.my.

Menurut Raja Azmi lagi, sebelum ini, memang sudah ada beberapa orang yang memberitahu dia supaya berhati-hati dengan Adam Davin.

"Kata mereka, Adam Davin ini seorang yang kon dan suka menipu. Malah, sudah ada banyak artis yang kena tipu dengan dia. Bukan saya tidak mahu percaya cakap mereka, tapi kadang-kadang saya suka beri orang peluang untuk mengubah diri mereka.

"Dan, saya sendiri ada berdepan dengan dia dan bertanyakan dengan hal ini kepada dia. Namun, dia pandai menepis segala persoalan tersebut. Cara dia menepis persoalan itu juga membuatkan saya rasa seolah-olah terpukau. Apatah lagi, bila dia beritahu bahawa dia juga senasib dengan saya.

"Bahawa dia sebenarnya yang kena tipu. Tapi, dia pula yang dikatakan menipu orang. So, saya pun percayalah. Nak buat macam mana, dah nasib badan," katanya lagi.

Disebabkan itu, kata Raja Azmi, dia terpaksa membuat laporan polis demi untuk membersihkan nama dan imejnya sebagai seorang produser filem.

"Saya harap dengan adanya laporan polis ini, dia (Adam Davin) akan menghentikan perbuatannya menipu orang dan tidak akan terus menggunakan nama saya untuk melakukan kerja-kerja yang seperti ini.

"Pada sesiapa yang sebelum ini pernah berdepan dengan Adam Davin dan kata saya suruh buat itu ini, tolong jangan percaya. Bukan saya mahu aibkan dia dengan cara macam ini. Tapi, saya rasa perbuatan dia menipu dengan caya begini amat merbahaya dan boleh menjadi virus di dalam industri," jelasnya.

Sambung Raja Azmi, dia juga telah bertemu sendiri dengan salah seorang mangsa yang menghadiri uji bakat Anak Ikan itu di Istana Budaya pada 30 April lalu.

"Malah, saya juga turut bertemu dengan seorang pereka fesyen bernama Kos Serani yang khabarnya cuba mencari saya sebelum ini meminta saya memulangkan baju.

"Saya terkejut kerana tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Rupa-rupanya, Adam Davin telah berjumpa memberitahu bahawa saya menyuruh untuk meminjam baju untuk menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 pada awal April lalu.

"Dan, dia telah meminjam 3 baju daripada Kos Serani dan tidak memulangkan baju-baju tersebut hingga memaksa Kos Serani meminta sendiri daripada saya. Padahal, saya tak tahu apa-apa tentang perkara itu.

"Saya tidak tahu dengan siapa lagi dia menipu dengan menggunakan nama saya. Namun, saya pasti dia ada menggunakan nama saya untuk tipu beberapa orang lain. Saya harap dia berubah, berhenti menipu dan berhenti jaja nama saya," katanya lagi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!

Namecheap