3 Mei 2013



Tiada siapa yang tahu apa muslihat Wan Azizah mengeluarkan pengakuan terbuka tentang video yang didakwa sebagai dilakukan oleh Nurul Izzah dalam twitter miliknya.

Benarlah, naluri seorang ibu mana yang sanggup anaknya diperbodohkan oleh pensyarah demi nafsu serakahnya. Sekuat mana pun ia, setabah mana pun ia, tapi tatkala anaknya diperalatkan sedemian rupa, luluh hatinya lantas rasa amarah yang amat tidak dapat ditahan lagi. 

Biarlah si suami yang diperlakukan begitu, asalkan jangan si anak yang terkena.

Penulis tidak menyalahkan Wan Azizah kerana kenyataannya itu adalah lahir dari hati seorang ibu. Dan penulis juga yakin bahawa Wan Azizah bukanlah seorang yang bodoh untuk mengorbankan perjuangannya hanya kerana sebuah video yang kabur. Tapi kes kali ini memang berbeza kerana beliau telah pun memikir semasak-masaknya akan akibat yang bakal diterima. 

Apa yang dilakukan oleh beliau sebahagian besarnya dipercayai mempunyai kaitan dengan khabar kekalahan pembangkang pada pilihan raya ini. Jadi tekad sudah dibulatkan, apa yang hendak terjadi bukan satu perkara yang penting lagi baginya. Anak adalah segala-gala bagi Wan Azizah, hilang suami boleh diganti, tapi hilang anak tak sanggup beliau menghadapinya.

Oleh itu apa saja kemungkinan hukuman yang bakal diterima olehnya dari sang suami durjana, akan dihadapi dengan redha. Cukuplah sekian lama beliau menanggung derita dek perangai tak senonoh si suami, taat isteri taat bertempat, bukan taat membabi buta.

Adalah dipercayai juga bahawa kejadian godam laman twitter Wan Azizah berhubungkait dengan kemarahan melampau Anwar dengan sikap bodoh isterinya. Dan tidak mustahil Anwar sedang menimbangkan akan menceraikan Wan Azizah angkara perkara tersebut. 

Jika penceraian terpaksa diambil, kemungkinan besar akan dilakukan selepas pilihan raya. Jadi untuk sementara waktu Anwar terpaksa menahan lafaz talaknya dulu bagi memastikan keadaan terkawal. Dan jika benar pembangkang kalah pada PRU ini, maka kebarangkalian untuk Wan Azizah diceraikan adalah tinggi.


Walaupun tindakan Wan Azizah merugikan parti, tapi syabas diucapkan kepadanya kerana berani mengatakan sesuatu yang benar biarpun pahit untuk ditelan. Kesedaran menjenguk dihatinya kerana tidak sanggup lagi melihat maruah keluarganya diinjak-injak sebagai barang mainan.  

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!

Namecheap