29 Jun 2013


Selepas membuat laporan polis akibat dibelasah suami pada tahun lalu, pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 26, akui kehidupan rumahtangga dengan suami, Mohd Aizad Mohd Rosli, 29, masih berjalan seperti biasa dan bahagia.

Malah, Balkiysh Semundur berkata dia tidak juga mahu memanjangkan kes itu ke mahkamah kerana merasakan ianya hanyalah masalah kecil di dalam rumah tangganya.

"Setakat ini, hubungan kami suami isteri tiada masalah yang serius dan kami menjalankan kehidupan berumahtangga seperti biasa tanpa ada masalah. Malah, saya tidak memanjangkan kes ini ke mahkamah kerana merasakan ianya hanya pergaduhan biasa dalam kehidupan berumah tanggga kami," katanya.

Pada Februari tahun lalu, Balkisyh pernah membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul suaminya dikediaman meraka di Wangsa Maju.

Pun begitu, Balkisyh Semundur berkata dia tidak dapat melupakan pengalaman tersebut yang dianggap bukan sahaja memalukannya malah lucu kerana pergaduhan mereka tidaklah seserius seperti yang digambarkan.

"Sebenarnya saya rasa malu dan kelakar juga kerana kami sebenarnya bergaduh seperti biasa sahaja dan tidaklah sampai wujudnya insiden sehingga dipukul teruk. Cuma ketika itu, kami bergaduh dengan meninggikan nada suara masing-masing yang kuat sehingga kami menggunakan barang-barang di sekeliling untuk dibaling dan sebagainya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!