6 Jun 2013


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat tiada calon yang sesuai untuk bersaing bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan UMNO tahun ini.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah bagaimanapun berkata, keputusan sama ada jawatan tertinggi dalam UMNO itu termasuk jawatan Naib Presiden perlu dipertandingkan atau tidak, terserah kepada ahli-ahli UMNO kerana parti itu mengamalkan sistem demokrasi.

"Saya rasa bertanding atau tak tanding itu hak ahli UMNO untuk tentukan dan kalau tanding pun saya yakin ini tak akan jejaskan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden dan Timbalan Presiden.

"Ini kerana saya tak lihat siapa yang boleh bersaing dengan mereka untuk merebut jawatan tertinggi itu dan jika ada pertandingan sekali pun saya sendiri akan berkempen untuk mereka berdua agar kekalkan jawatan yang disandang," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Mukhriz bersedia untuk memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di negeri ini, Mukhriz berkata, beliau berminat untuk membantu skuad Kenari dalam apa juga kapasiti.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!