16 Ogos 2013


Penangan program Running Man memang berjaya mencetuskan fenomena yang tersendiri seperti mana yang berlaku pada Psy menerusi lagu Gangnam Style.

Disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa kesemua personaliti program ini sudah berada di dalam senarai artis yang paling top di Korea Selatan. Malah, ada juga mereka yang sudah top menjadi semakin digilai. Lebih-lebih lagi, personaliti perempuan Running Man iaitu Song Ji Hyo.

Sebelum aktres cantik menyertai program ini, dia banyak menjadi tunjang utama drama dan filem di Korea. Namun, namanya tidaklah segah sekarang ini. Lebih mengejutkan lagi, apabila Ji Hyo sering mengambil tawaran berlakon dalam cerita yang banyak berunsurkan seks.

Malah, Ji Hyo juga telah dikatakan berani melakukan adengan seks yang mana dia perlu berbogel da lam sebuah filem epik yang berlatarkan cerita homoseksual. Mungkin disebabkan inilah, Ji Hyo kurang diminati sebelum ini kerana terlalu berani dalam lakonan. Namun, ada peminat yang mula mengenalinya menerusi drama, Princess Hours.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!