7 Ogos 2013


Seekor ular sawa yang terlepas daripada tempat kurungannya di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di Kanada memasuki sistem pengudaraan sebelum masuk ke sebuah apartmen dan membelit hingga mati dua budak lelaki yang sedang tidur. 

Adik beradik berusia lima dan tujuh tahun, Connor dan Noah Barthe melawat rakan mereka di apartmen di atas sebuah kedai peliharaan haiwan eksotik, Reptile Ocean Inc. di Campbellton, New Brunswick, kata Konstabel Julie Rogers-Marsh. 

Saya rasa mereka masih tidur sehingga saya ternampak lubang pada siling. Saya hidupkan lampu dan melihat suatu yang mengerikan” Jean-Claude Savoie, Pemilik Reptile Ocean

Anggota polis tiba di apartmen berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan dan menemui dua beradik itu sudah mati.

Rakan dua beradik terbabit selamat kerana tidur di bilik berasingan, kata Rogers-Marsh.

Katanya, pemilik kedai haiwan peliharaan terbabit, Jean-Claude Savoie. juga tinggal di apartmen itu.
Savoie mengakui anaknya adalah rakan rapat dua mangsa berkenaan.

Kedai yang menjual ular sawa berkenaan

Rogers-Marsh berkata, ular berkenaan terlepas kurungannya pada waktu malam dan dipercayai memasuki apartmen melalui sistem pengudaraan.

“Kedua-dua mangsa dipercayai dibelit ular berkenaan,” katanya.

Savoie berkata, ular yang dibelinya pada tahun 2000, jatuh dari atas siling sistem pengudaraan ke dalam bilik tamu.

Ular itu sudah ditangkap dan diletak dalam tahanan polis, kata Rogers-Marsh. Panggilan ke kedai haiwan peliharaan terbabit tidak dijawab.

Bedah siasat dijalankan terhadap kedua-dua mangsa, semalam.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat tragik serta menyedihkan kepada semua yang terbabit,” kata Rogers-Marsh.

Timbalan Datuk Bandar, Ian Comeau, berkata Reptile Ocean mempunyai lesen untuk beroperasi dan semuanya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Kematian kedua-dua budak berkenaan sesuatu yang mengejutkan dan sukar dipercayai, kata Comeau.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!