Portal Berita Online Paling Hot!!!!

Home » » Status Isteri Black Jadi Tanda Tanya

Status Isteri Black Jadi Tanda Tanya

Written By Semut Pink on 17 September 2013 | 9:00 PTG


Anak didik penyanyi dangdut Mas Idayu, Black Hanifah, 26, berasa pelik dan hairan tatkala diajukan soalan tentang status isterinya yang dikhabarkan seorang janda sebelum gadis pilihan hatinya itu disahkan menjadi isterinya pada 13 September lepas.

"Kenapa nak tanya soalan begini kepada saya? Soalan ini tidak masuk akal langsunglah. Isteri saya bukanlah seperti yang dikhabarkan," ujar Black.

Dalam pada itu, Black juga ingin memperbetulkan tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa isterinya iaitu Naquia Yasirah atau Cira adalah anak saudara kepada pelakon Datin Umie Aida.

"Saya nak betulkan sedikit kenyataan media. Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Umie Aida iaitu Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan.

"Umie telah hadir ke majlis resepsi sebelah perempuan pada malam 13 September bersama suaminya. Dari awal lagi, saya pun sudah dimaklumkan bahawa dia tidak akan hadir pada majlis resepsi keesokan harinya kerana dia sibuk.

"Saya tidak kisah perkara tersebut kerana saya lebih mementingkan keluarga terdekat yang hadir. Apapun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar," jelas Black yang bercuti dari nyanyian sehingga penghujung September ini.

Mengulas mengenai destinasi bulan madu, Black masih lagi mempunyai pilihan yang pasti. Sebaliknya, selepas majlis yang diadakan selama tiga hari berturut itu, Black bakal ke Langkawi untuk berehat saja dan bukannya berbulan madu.
Share this article :

Tiada ulasan:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA INSTINCT - PORTAL BERITA ONLINE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...