11 November 2013


Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia petang tadi di Hospital Klang.

Allahyarham yang amat dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham turut terkenal dalam penampilan sitkom 2+1 dan Camni Camtu.

Antara pencapaian Allahyarham apabila dicalonkan Artis Komedi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999.

Berita kematian beliau mula tersebar di Twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Komen

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!